Tuesday 31 December 2019

MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH SUNGAI KOYAN

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan merupakan antara masjid tercantik di daerah Kuala Lipis. Masjid bernilai RM4.22 juta dibina dengan peruntukan kerajaan pusat pada 2012 dan mula digunakan pada 26 Mei 2016.

Masjid berkeluasan 1,095 meter persegi itu mampu menampung sekitar 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan memberi manfaat kepada masyarakat di Felda Sungai Koyan 1, Felda Sungai Koyan 2, dan Felda Sungai Koyan 3 serta masyarakat Orang Asli beragama Islam yang tinggal berhampiran.

Masjid tersebut telah dirasmikan pada 28 Mei 2018, bersamaan 13 Ramadan 1439H oleh Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

Keindahan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan sering mencuri pandang mereka yang melalui pekan Sungai Koyan, terutama mereka dari arah Kuala Lipis.

Masjid yang tersergam indah itu sentiasa menggamit mereka yang melalui kawasan itu untuk berhenti menunaikan solat mahupun berehat seketika.

Kawasan tempat letak kenderaan yang luas dan kemudahan yang disediakan menjadi lokasi mereka yang dalam perjalanan sama ada menuju ke Cameron Highlands, ke Kelantan mahupun sebaliknya.

Wednesday 25 December 2019

KHASIAT KUNYIT PUTIH

Biasanya kita kenal dan menggunakan kunyit kuning. Bahkan, warna kuning telah disinonim dengan warna kunyit. Namun, terdapat satu lagi jenis kenyit yang dinamakan kunyit putih.

Secara umumnya, ciri-kira kunyit putih (curcuma zedoaria) tidak banyak bezanya dengan kunyit kuning. Dinamakan kenyit putih disebabkan warna kunyit itu seakan-akan putih atau warna halia.

Untuk menanam kunyit putih juga tidak bezanya dengan kunyit kuning. Kunyit putih boleh ditanam di kawasan teduh mahupun yang mendapat cahaya matahari secara terus.

Kunyit putih menghasilkan umbisi yang boleh diambil setelah usia tanaman kira-kira 8 - 11 bulan. Ciri-ciri yang ditunjukkan antara lain mulai bergugurannya daun tanaman, munculnya daun yang berwarna kuning, dan terjadi kelayuan pada tanaman.

Terdapat banyak sekali manfaat kunyit putih di mana kajian juga sudah dijalankan dengan ujian farmakologi, toksikologi pada binatang sehinggalah ujian klinikal tentang manfaat ekstrak kunyit putih untuk terapi kanser.

Antara khasiat kunyit putih ialah:
- Anti kanser.
- Mengatasi keputihan dan senggugut.
- Penyembuh demam
- Menyingkir toksid dalam bentuk peluh
- Ubat batuk berdarah
- Merawat keracunan makanan
- Permbersih nifas.  
- Dikunyah sebagai alternatif masalah nafas berbau.
- Air rebusannya mengubati sakit gigi dan masalah pencernaan. 
- Membantu menyegarkan, membersihkan, menghilangkan gatal
- Membersih buah pinggang
- Menurunkan kadar lemak dalam badan
- Mengatasi masalah selesema
- Diguna dalam pembuatan kosmetik 

Friday 20 December 2019

KHASIAT LADIES COLLAGEN V ASIA UNTUK WANITA

Ladies Collagen dirumus menggunakan kolagen bersama adunan herba terpilih yang bermutu tinggi seperti Pueraria Mirifica, Pueraria Lobata, Kacip Fatimah, Habbatus Sauda dan Goji yang bukan sahaja dapat memelihara kesihatan dalaman kaum wanita, malah berupaya menyerlahkan keanggunan dan keremajaan yang berpanjangan.

KHASIAT LADIES COLLAGEN
- Menyerlahkan kejelitaan dan keremajaan anda dari dalam
- Membantu meningkatkan kecergasan dan kesegaran tubuh badan
- Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
- Menyihat dan menguatkan bahagian rahim
- Membantu mengetatkan otot faraj
- Mengurangkan masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak menentu
- Meredakan simptom-simptom menopaus
- Meningkatkan tenaga dan fungsi seksual para isteri seterusnya membahagiakan rumahtangga
- Mengurangkan risiko sembelit dan buasir
- Memelihara kesihatan tubuh badan
- Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit

CARA PENGGUNAAN LADIES COLLAGEN
- Ambil 1 hingga 2 sudu Ladies Collagen menggunakan sudu plastik.
- Minum segelas air kosong atau jus buah-buahan.
- Amalkan setiap kali sebelum sarapan pagi.

Tuesday 17 December 2019

CARA MEMILIH NAMA PERNIAGAAN


Antara perkara penting untuk mulakan syarikat adalah memilih nama syarikat. Nama syarikat amat pentingkan kerana ini melambangkan keseluruhan syarikat.

Antara kriteria yang perlu diberi perhatian semasa memilih atau mencipta nama perniagaan.  

- Ringkas. Nama syarikat yang baik ialah apabila ianya tidak lebih dari 2 patah perkataan. Malah lebih baik sekiranya sepatah perkataan. Nama ringkas mudah diingati dan disebut.

- Berkaitan. Nama syarikat anda perlu berkaitan dengan nama perniagaan anda. Contoh untuk syarikat pembinaan memilih nama Pembinaan Maju.  

- Kategori perniagaan. Pilih nama yang ada kaitan dengan bidang perniagaan.

- Unik. Memilih nama perniagaan penting kerana kita bakal menggunakan nama tersebut dalam tempoh masa yang lama.

- Mudah diingati. Sekiranya anda berjaya meninggalkan kesan ingatan nama pernigaan anda, ia sudah dianggap akan menjadi pelanggan setia anda.

- Gabungan nama dan perkhidmatan. Nama perniagaan yang baik boleh juga dicipta melalui gabungan antara idea nama yang anda pilih dengan perkhidmatan yang anda jalankan.

Thursday 12 December 2019

INAI HITAM + HERBA V ASIA UBAN

Inai Hitam+ Herba dihasilkan dengan ramuan organik tanpa ammonia dan mengandungi pelbagai jenis ramuan semulajadi yang kaya dengan vitamin, protein dan mineral dan amat berkesan untuk membantu menukar rambut beruban menjadi perang dan berkilat, di samping melembap dan menyihatkan akar rambut secara semulajadi. Ia mudah, suci dan selamat untuk digunakan.

Khasiat Inai Hitam + Herba V Asia 
- Menukar rambut beruban kepada warna hitam
- Melembapkan rambut dan kulit kepala
- Menyihatkan akar rambut
- Mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur
- Merawat hujung rambut yang bercabang
- Membekalkan nutrisi kepada kulit kepala
- Melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak

CARA PENGGUNAAN
LANGKAH 1:
- Basuh rambut dengan tuala kering.
- Sebelum menggunakan INAI HITAM, gunakan sarung tangan yang disediakan
- Lindungi pakaian dengan tuala atau pakai pakaian yang sesuai.
LANGKAH 2:
- Tuangkan jumlah yang sama untuk INAI HITAM 1 dan INAI HITAM 2.
- Kacau sehingga sebati dan ratakan campuran ke rambut.
- Jika campuran terkena pada kulit,lap dengan tisu atau tuala.
LANGKAH 3:
- Biarkan campuran produk ke rambut selama 5 minit.
- Selepas itu bilas dengan bersih menggunakan air untuk menanggalkan semua sisa.
- Keringkan rambut dan gayakan seperti biasa.

KANDUNGAN
1. Inai Hitam 1 (20 ml)
2. Inai Hitam 2 (20 ml)
3. Sarung tangan


Wednesday 27 November 2019

KISAH RATU BALQIS TERIMA SURAT DARI NABI SULAIMAN

Ratu Balqis dianugerahi Allah segala kekuasaan dan kehebatan. Semua itu adalah dugaan dan ujian terhadap baginda serta kaumnya. Ibnu Katsir meriwayatkan bahawa Saba adalah gelaran bagi raja dari Yaman. Ratu Saba atau Balqis adalah seorang daripadanya.

Bagaimanapun, Ratu Balqis dan kaumnya masih tidak beriman kepada Allah. Mereka yang diperdaya oleh syaitan menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Allah menjelaskan kisah Ratu Balqis dalam surat al-Naml, ayat 20-44.

Kehebatan kerajaan Ratu Balqis diceritakan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman. Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis bermula apabila seekor burung dipanggil Hud Hud menceritakan mengenai keadaan Ratu Balqis dan kaumnya yang tidak berpegang kepada jalan Allah.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman memeriksa pasukannya yang disertai oleh haiwan, burung dan bangsa jin. Namun, dalam barisan itu, Hud Hud tidak kelihatan.

Baginda kemudian berkata: "Aku tidak melihat Hud Hud di sini. Jika burung itu tidak hadir kerana alasan yang tidak tepat, aku akan menghukum atau menyembelihnya."


Hud Hud segara muncul dan dengan rendah hati berkata kepada Nabi Sulaiman: "Aku datang membawa berita yang sangat penting untukmu yang tidak kau ketahui sebelumnya."

"Ada seorang Ratu di Yaman. Dia sangat kaya raya dan kekuasaannya sangat luar biasa. Syaitan telah membawanya dan pengikutnya ke jalan yang menyimpang. Mereka memuja matahari dan bukan Allah."


Nabi Sulaiman berkata: "Aku akan membuktikan kenyataanmu segera. Kirimkan suratku ini kepadanya dan kita tunggu reaksi daripadanya."


Ratu Balqis membaca surat itu sebaik menerimanya. Kemudian dia berkata kepada penasihatnya: "Surat ini daripada Sulaiman yang menyatakan "Aku memulakan dengan menyebut nama Allah, yang Maha Pemurah dan Penyayang. Janganlah tunjukkan kesombongan kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai seorang Muslim."


Ratu Balqis kemudian berkata kepada penasihatnya: "Aku selalu meminta nasihatmu dalam hal-hal penting, katakan apa yang harus aku lakukan?"


Penasihat menjawab: "Kita tidak perlu khuatir mengenai surat ini kerana kita sangat berkuasa. Tetapi, bagaimanapun keputusan terakhir tetap berada di tanganmu."

Ratu Balqis menjawab: "Pertama kita harus menguji berapa besarkah kekuasaannya. Sesungguhnya cara surat ini tiba mengisyaratkan bahawa kita harus berhati-hati dalam menghadapi Sulaiman.

"Aku akan mengirimkan utusan untuk membawa hadiah yang mahal. Dengan cara ini, kita bukan saja dapat mengukur kekuasaannya, malah menduga apa yang ada dalam fikirannya. Aku tidak menyarankan untuk berperang melawannya kalau dia seorang yang lebih kuat.

Penyerang selalu merosakkan kota yang dikalahkan dan memalukan penduduknya. Kita harus menghindarkan ancaman yang tidak diharapkan ini."

Utusan Ratu Balqis kemudian menyerahkan hadiah berharga itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman berkata kepada mereka: "Kamu dan Ratumu sungguh sudah menyalahertikan pesananku. Bawalah kembali barang yang kau sebut hadiah ini kepada Ratumu kerana Allah telah memberi kepadaku kurniaan yang jauh lebih berharga daripada ini. Kamu semua tidak mampu melawan pasukanku, kami akan mengusir kamu dan memalukan kamu."

Utusan itu menyampaikan peringatan Nabi Sulaiman itu kepada Ratu Balqis. Dia turut memberitahunya kebesaran kekuasaan Nabi Sulaiman yang menguasai manusia, burung, haiwan dan jin.

Ratu Balqis menyimpulkan bahawa berperang melawan Nabi Sulaiman sama saja dengan mengundang kehancuran dirinya. Dia memutuskan untuk menyerah kepada Nabi Sulaiman.

Ketika dia bergerak memulakan perjalanannya menemui Nabi Sulaiman, Allah memberitahu Nabi Sulaiman mengenai perkara itu dengan menurunkan wahyunya.

Nabi Sulaiman memerintahkan pembantu: "Aku mahu singgahsana Ratu Balqis dipindah ke sini sebelum dia tiba ke kerajaanku."


Seorang jin yang sangat kuat dan cerdik berkata: "Aku mampu membawa singgahsana itu ke sini sebelum petang tiba."

Seorang lagi jin yang berpengetahuan luas dalam kitab berkata: "Aku mampu membawanya ke sini dalam sekelip mata." Lalu, ketika itu, ternyata singgahsana itu telah tiba di istananya.

Nabi Sulaiman dengan rendah hati berterima kasih kepada Allah di atas segala kurniaan-Nya, termasuk memindahkan singgahsana itu dalam sekelip mata.

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal cerdas.

Golongan jin yang iri hati dengannya membisikkan bahawa Ratu Balqis mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Baginda memerintahkan supaya jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis dan membina sebuah mahligai diperbuat dari kaca.

Bahagian bawah mahligai itu dan sekelilingnya mengalir sungai dengan berisikan ikan. Di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: "Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin!

Daripada jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman bahawa dia adalah seorang wanita berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, dia melihat seakan-akan ada air mengalir lalu mengangkat kainnya, hingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman melihat betisnya itu, tidak ada apa-apa aib pun seperti yang dikatakan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: "Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca."

Ketika itu Ratu Balqis berkata dalam hatinya: "Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti."

Ratu Balqis berkata lagi: "Aku cukup mengetahui kekuatan dan kebesaranmu yang luar biasa, tetapi kejadian memindahkan singgahsanaku ke sini menambah bukti keunggulanmu. Aku dengan rendah hati menyerah kepadamu."

Kemudian Ratu Balqis berkata seperti yang disebut dalam al-Quran, yang bermaksud: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam." (Surah al-Naml, ayat 44)

Dengan itu, Ratu Balqis menjadi seorang Muslimah. Ratu Balqis juga membawa seluruh dinastinya yang besar dalam kekuasaan Nabi Sulaiman.

Wednesday 20 November 2019

BAYI USIA 4 HINGGA 7 BULAN


Pada usia empat hingga tujuh bulan, penglihatan bayi dah makin matang. Dia sudah boleh nampak dan jejak objek yang bergerak dengan penglihatan yang lebih tajam.

Pada usia ini bayi sudah ambil peduli dengan suasana persekitaran. Masuk ke usia 5 bulan, bayi dah mula angkat badan dan cuba tampung  guna lutut dan tangan hendak merangkak.

Pada usia 5 bulan dan ke atas bayi sudah mula aktif bergerak sama ada dengan menyusur dengan badan atau merangkak.

Pada usia 6 ke 7 bulan, bayi sudah pandai duduk sendiri tanpa sokongan.

Apabila bayi dapat mainan, bayi akan bertindak untuk:
- Pegang mainan tu dengan kedua belah tangan
- Pindahkan mainan dari tangan kiri ke kanan atau sebaliknya
- Menggoncang mainan
- Boleh manipulasi mainan tu dengan tangan. Maksudnya sebelah tangan pegang mainan, sebelah tangan lagi tepuk, cucuk, picit, tekan, tolak atau sebagainya pada mainan yang dipegang
- Masih masukkan mainan dalam mulut


Saturday 9 November 2019

BEZA DUA JENIS BELIMBING

Hampir semua orang kenal buah belimbing. Tetapi, akan timbul kekeliruan apabila disebuat belimbing besi dan belimbing buluh.

Ramai yang menyangka belimbing buluh dan belimbing besi adalah jenis sama. Manakala jika disebut belimbing, ia merujuk kepada belimbing yang biasa dijual di pasar.

Sebenarnya, belimbing besi adalah belimbing yang biasa dikenali atau juga dipanggil belimbing manis. Belimbing ini biasanya dimakan segar atau dibuat jus.

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebagai starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang.

Manakala belimbing buluh adalah yang jenis masam. Belimbing buluh juga dipanggil belimbing sayur dan belimbing masam. 

Dinamakan belimbing sayur kerana ia biasa dicampurkan di dalam masakan. Manakala dipanggil belimbing masam kerana rasanya masam.

Pokok belimbing besi mengeluarkan buah di julai atau ranting, sedangkan belimbing buluh berbuah di batang yang memudahkan untuk dipetik. 

Harap perjelasan ringkas ini merungkai kekeliruan yang sering menerjah di minda orang ramai. Sepatutnya nama kedua-duanya disebut penuh sama ada belimbing besi atau belimbing buluh.  

Monday 4 November 2019

RESIPI RINGKAS SERONDENG

Sesuai dengan namanya sambal daging, maka bahan asasnya ialah daging lembu atau kerbau. Resipi membuat serondeng daging memang berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan lain selain daging (mengikut citarasa masing-masing):
- Kelapa parut
- Halia
- Biji ketumbar
- Bawang merah
- Jintan putih
- Udang kering
- Asam jawa
- Garam
- Serbuk kari
- Cili kering
- Santan
- Gula
- Minyak masak

Cara penyediaan:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia, kelapa parut dan udang kering.
- Panaskan kuali, masukkan minyak.
- Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan daging (telah disiat-siat kecil yang telah direbus) dan kacau rata.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak menggunakan api kecil sehingga kering.
- Masukkan jus asam jawa dan santan.
- Gaulkan sehingga kering dan hidangkan.

Perhatian:
Mungkin anda ada cara memasak yang berbeza. Apa yang penting daging itu kering dan sebati dengan ramuan yang dicampurkan itu. Selamat mencuba.

Thursday 31 October 2019

PERKISAHAN SEJARAH PATANI


Selalunya akan timbul kesulitan bila membicarakan sejarah Patani.

Contohnya Phya Taksin dikatakan terlibat dalam serangan pada tahun 1785 dan ketika itu Long Nuh masih hidup.

Versi lain menyatakan Phya Taksin (King Taksin The Great) dihukum mati oleh Phraya Chakri kerana "penyakit mental". Tetapi tetapi ada pula versi menyatakan Phraya Chakri telah berkahwin dengan salah seorang putri Phya Taksin.

Ada versi menyatakan bahawa Phya Taksin disembunyikan di Nakhon Sri Thammarat dan meninggal 1825 pada usia 91.

Ada versi menyatakan Long Nuh mangkat pada tahun 1771 dan semasa serangan Putera Surasi dan Phraya Senaphutan ke atas Pattani 1785, Sultan Muhammad telah mangkat syahid.

Malah ada versi yang menyatakan Sultan Muhammad tidak mangkat dalam pertempuran berkenaan.

Pada pandangan peribadi saya, dari versi saya terima selama ini, Phya Taksin telah lama menjadi ejen untuk mencari rahsia di Patani sebelum dan semasa dalam persembunyian di Nakhon Sri Thammarat.

Dia sememangnya bermusuh dengan Raja Ligor dan sentiasa mengancam untuk menyerang Patani. Satu versi menyatakan salah seorang anak Raja Ligor telah dijadikan gundek Phya Taksin.

Perkara Phya Taksin membuat risikan ke atas kekuatan Patani ini telah lama dihidu oleh Long Nuh dan telah memberikan amaran awal kepada anakanda-anakandanya.

Sama ada semasa serangan 1785, (sama ada) Long Nuh masih hidup atau serangan ini berlaku pada zaman Sultan Muhammad, itu saya serahkan pada Allah SWT.

Jangan terkejut ada versi yang tidak memasukkan Raja Bakar dan Tengku Lamidin dalam versi mereka atau silsilah mereka. Itu adalah versi masing-masing.

Cuma pada hemat saya semasa mengkaji sejarah Patani dalam tempoh yang agak lama, sememangnya wujud konspirasi meminda fakta sejarah salah satunya ialah meminda tahun-tahunnya - ini selalu dilakukan oleh pihak yang menang.

Cuma satu fakta yang konsistan, serangan ke atas Patani benar-benar berlaku dan mereka yang berundur ke Kelantan dan lain-lain negeri termasuk Kedah, Perak dan Terengganu/Pahang adalah benar.

Disalin dan ditampal dari FB Nik Zafri 

Monday 28 October 2019

PENGORBANAN CINTA ZAINAB PUTERI RASULULLAH

Kisah Zainab binti Muhammad adalah contoh terbaik dalam memperkatakan kesetiaan seorang isteri, keikhlasan cinta dan ketulusan iman. 

Zainab merupakan puteri sulung Nabi Muhammad dan Khadijah binti Khuwailid. Zainab diputerikan dua tahun selepas perkahwinan ibu bapanya.

Kelahiran Zainab memberikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada ibu bapanya walaupun masyarakat jahiliah ketika itu tidak menyukai anak perempuan.

Zainab menjadi remaja yang tertib hasil didikan orang tuanya. Ibu saudara Zainab, Halah binti Khuwailid, telah melamar gadis itu untuk puteranya, Abu al-Ash bin Rabi.

Perkahwinan Zainab dilangsungkan meriah dan ibunya memberikan seutas kalung sebagai hadiah perkahwinan. Pasangan ini dianggap ideal dan mereka hidup aman bahagia.

Ketika Muhammad berusia 40 tahun, baginda diangkat sebagai Rasulullah. Zainab antara orang yang terawal mengikut jejak langkah bapanya menerima Islam. Bagaimanapun Abu al-Ash enggan memeluk Islam dengan pelbagai alasan.

Sebagai isteri, Zainab tidak dapat berbuat apa-apa tetapi dia masih tinggal serumah dengan suaminya. Lagipun ketika itu belum ada wahyu yang melarang suami isteri yang tidak seagama tinggal serumah. 

Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Zainab tidak turut serta kerana masih setia kepada suaminya.

Perang Badar meletus pada tahun ke-2 Hijrah. Kaum musyrikin kalah teruk dalam pertempuran itu dan ramai yang menjadi tawanan di Madinah.

Salah seorangnya adalah Abu al-Ash, suami Zainab, menantu Rasulullah SAW. Ketika mendengar suaminya menjadi tawanan bapanya di Madinah, Zainab telah mengirimkan kalung hadiah ibunya sebagai bayaran tebusan suaminya.

Menitis air mata Rasulullah SAW kerana baginda mengenali pemilik kalung itu dan memahami cinta Zainab terhadap suaminya.

Kaum muslimin bersetuju memulangkan kalung itu kepada Zainab dan membebaskan Abu al-Ash tanpa tebusan.

Kepulangan suaminya disambut gembira. Bagaimanapun dia amat terkejut apabila Abu al-Ash menceraikannya.

Abu al-Ash memberitahu perceraian itu atas arahan Rasulullah SAW berikutan turun wahyu yang melarang suami isteri tinggal bersama selepas salah seorangnya memeluk Islam.

Kerana itu Abu al-Ash mesti menceraikan Zainab dan memulangkan isterinya kepada bapanya di Madinah.

Kedua-dua suami isteri ini tidak dapat menahan kesedihan masing-masing apatah lagi kerana Zainab sedang hamil empat bulan. Abu al-Ash tidak tergamak untuk mengiringi Zainab keluar Mekah, lantas mengamanahkan adiknya Kinanah menghantar Zainab ke sana. Dia berpesan supaya melindungi Zainab dan mempertahankan wanita itu dengan nyawa.

Sementara di luar kota Mekah, Zaid bin Harisah dan seorang lelaki Ansar menjadi wakil Rasulullah SAW untuk membawa puteri baginda ke Madinah.

Kaum kafir Quraisy mendapat tahu mengenai keberangkatan itu. Mereka keluar mencari Zainab dan bertembung dengannya di Dzi Thuwa. Untanya ditombak menyebabkan Zainab terjatuh dan mengalami keguguran.

Abu Sufyan yang turut serta dalam kumpulan lelaki Quraisy itu memberitahu Kinanah bahawa tindakannya membawa Zainab keluar pada waktu siang adalah tidak tepat kerana ia akan menambahkan lagi malu mereka selepas kekalahan Perang Badar.

Zainab pun dibawa balik ke Mekah untuk dirawat dan diserahkan kepada wakil Rasulullah SAW pada sebelah malam.

Kedatangan Zainab ke Madinah disambut penuh gembira oleh masyarakat Madinah. Bagaimanapun Zainah dan Abu al-Ash masih merindui satu sama lain dan sentiasa berharap untuk bersama semula.

Pada tahun ke-6 Hijrah, Abu al-Ash mengikut satu rombongan dagang ke Syam. Dalam perjalanan pulang, rombongan mereka ditahan orang Islam dan semua hasil dagangannya dirampas.

Dia tidak berani pulang ke Mekah dengan tangan kosong kerana dia tahu ramai yang sedang menanti untuk mendapatkan wang masing-masing.

Abu al-Ash teringat bekas isterinya dan cuba meminta pertolongan. Dia menyusup masuk ke Madinah pada waktu malam dan meminta Zainab melindungi serta mendapatkan hartanya yang dirampas. Kerana cinta, Zainab berikrar membantu Abu al-Ash.

Rasulullah SAW mendapat tahu hal itu dan menasihatkan puterinya bahawa Abu al-Ash haram baginya sebelum dia memeluk Islam. Bagaimanapun baginda faham bahawa puterinya itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas suaminya dan pengorbanan besar Zainab terhadap Islam.

Zainab akur dengan arahan bapanya dan menyerahkan Abu al-Ash kepada orang Islam untuk dihukum. Abu al-Ash ditanya kesediaannya untuk memeluk Islam tetapi katanya, dia perlu memulangkan hasil dagangan itu kepada rakyat Mekah terlebih dahulu.

Cara itu supaya tidak digelar pengkhianat. Jika dia memeluk Islam dahulu, imej Islam pasti akan tercemar. Lalu, harta itu dipulangkan kepada Abu al-Ash.

Dia kembali ke Mekah membahagikan hasilnya kepada rakyat dan dipuji kerana amanahnya. Selesai tugasnya, Abu al-Ash mengumumkan pengislamannya dan berhijrah ke Madinah.

Pasangan itu dikahwinkan semula mengikut syarak dan hidup bahagia.

Kesan keguguran yang pernah dialami Zainab menyebabkan kesihatannya terganggu. Dia meninggal dunia pada tahun ke-8 Hijrah, diikuti suaminya empat tahun kemudian.

Sesungguhnya, kisah cinta, kesetiaan dan pengorbanan Zainab dikenang sebagai seorang isteri yang setia, juga taat kepada Islam. 

Biarpun cinta dan kasih yang mendalam terhadap suami, Zainab tetap memilih Islam. Cinta sejati itu dimuliakan Allah SWT apabila kedua-duanya disatukan kembali sebagai suami isteri dan kekal ke akhir hayat.  

Thursday 24 October 2019

BRONOK SEDAP DIMAKAN MENTAH

Bronok atau nama saintifiknya acaudina molpadioides iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat. Bronok memiliki tekstur licin dan lembik seperti sotong. Isinya sangat kenyal dan agak masin.

Bronok mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah jambu.

Biasanya bronok ditemukan di kawasan berselut. Namun, pada masa tertentu ia juga ditemui di kawasan pantai berpasir ketika musim hujan dan angin kencang. 

Bronok biasanya dijadikan kerabu atau dimakan mentah. Bronok yang sudah dibersihkan akan diadun bersama sambal kelapa, cili, lengkuas dan kerisik. Resepi cara menyediakan hidangan bronok memang mudah dan ringkas.  

Cara atau menu lain yang berasaskan bronok ialah potong nipis-nipis, perah limau nipis dan digaul dengan cili. Masukkan garam sesedap rasa. Kemudian boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak.

Bronok juga biasanya digunakan sebagai umpan memancing.

Pulau Langkawi di Kedah dan Pulau Parit Karimun di Johor antara lokasi yang terdapat banyak bronok. Resepi bronok Pulau Langkawi dikatakan menu wajib cuba kalau bertandang ke pulau bebas cukai itu. 

Thursday 17 October 2019

CARA TANAM BAYAM BRAZIL


Sejenis ulam yang mendapat perhatian ialah Bayam Brazil. Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan.

Spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang.  Cucuk sahaja di atas tanah, insyaalah tumbuhlah pokok Bayam Brazil.  

Tetapi jangan pula lupa nak siram dan bubuh baja. Itu penting untuk pokok membesar.

Pokok yang cukup air dan baja akan cepat membesar. Untuk dituai hasilnya, hanya perlu potong batangnya.

Batang yang dipotong itu akan terus tumbuh cabang atau batang lain. Batang muda yang dipotong boleh dimakan bersama dengan duannya.

Kalau ingin memperbanyakkan tanaman, hanya ambil pucuk dan daun untuk dimakan. Batang yang sudah agak tua boleh disemai untuk menumbuhkan pokok baharu.

Daunnya boleh dimakan sama ada mentah atau dimasak. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi. Saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

Daun Bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat.