Friday, 18 September 2026

IKAN PACU

 
Ikan pacu spesies berasal Amerika Selatan. Namun, disebabkan aktiviti ternakan akuakultur dan perdagangan ikan hiasan, ikan ini kini boleh ditemui di beberapa kawasan lain.

Sekali pandang, ikan picu hampir sama dengan ikan pirana. Kedua-duanya memang mempunyai hubungan kekeluargaan dalam kumpulan ikan air tawar tertentu, tetapi tabiat makan mereka berbeza. Ikan pacu dan ikan pirana mempunyai sifat dan tabiat makan yang agak berbeza.

Ikan ini sering digelar sebagai “piranha vegetarian” kerana diet utamanya lebih banyak berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, biji-bijian dan bahan organik di persekitaran air tawar.

Pirana lebih dikenali sebagai ikan omnivor yang boleh memakan ikan kecil, krustasea, cacing dan tumbuhan air.

Ikan pacu berasal dari kawasan air yang hangat. Apabila suhu air menjadi terlalu sejuk, selera makannya boleh menurun.

Dalam keadaan suhu rendah, ikan pacu boleh mula kurang makan, kehilangan berat badan dan berisiko jatuh sakit. Sebab itu, penjagaan suhu air amat penting jika ikan ini dipelihara dalam kolam atau akuarium.

Antara ciri paling unik ikan pacu ialah bentuk giginya. Gigi pacu kelihatan lebih rata dan tersusun, seakan-akan gigi manusia.

Bentuk gigi ini membantu ikan pacu menghancurkan makanan keras seperti biji-bijian dan buah yang jatuh ke dalam sungai di habitat asalnya.

Ikan pacu betina mampu menghasilkan jumlah telur yang sangat banyak ketika musim pembiakan. Dalam satu proses pelepasan telur, seekor betina boleh menghasilkan puluhan ribu hingga ratusan ribu telur.

Namun begitu, seperti kebanyakan spesies ikan lain, hanya sebahagian kecil sahaja anak ikan yang mampu hidup sehingga dewasa.

Jika mendapat ruang, makanan dan persekitaran yang sesuai, ikan picu boleh membesar dengan sangat cepat. Di habitat liar, ikan pacu dilaporkan mampu mencapai berat sehingga puluhan kilogram.

Ikan pacu juga boleh dijadikan sumber makanan. Rasanya sering dibandingkan dengan ikan tilapia kerana teksturnya yang sesuai untuk dimasak dengan pelbagai cara.