Thursday, 1 December 2016

Melayu mudah ditipu

Melayu mudah lupa. Melayu mudah diperdaya. Taktik penyamaran berimej Melayu dan disukai Melayu bertujuan menipu dan perdaya Melayu sering dilakukan pihak musuh.     

Contohnya penyamaran komunis  melakukan sesuatu atau hidup seperti amalan kebiasaan orang Melayu semata-mata demi menarik sokongan Melayu.

Pemimpin utama Parti Komunis Malaya (PKM), Cheng Ping pernah menggunakan nama Haji Ali bertemu orang Melayu Pahang sehingga orang tak perasaan bahawa dia Cheng Ping.

Dia boleh membaca dan menulis jawi dengan baik. Masa berucap pada majlis menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Hatnyai Thailand, dia bukan sahaja berucap dalam bahasa Melayu tetapi teks ucapan bertulisan jawi, sedangkan wakil Malaysia berucap dalam bahasa Inggeris manakala wakil Thailand berucap dalam bahasa Thai.

Orang Melayu mudah diperdaya dan mudah percaya sebagai mereka percaya kepada tulah, badi, dewa, genain, penunggu, hantu, toyol, anak kerak dan sebagai kerana terpengaruh dengan agama Sanskritisme, yakni amalan Islam dicampur-aduk dengan amalan agama Buddha Mahayana.

Hal ini kerana sebelum Islam datang kepada orang Melayu, agama anutan orang Melayu adalah Buddha Maharaja. Semoga setelah orang Melayu semakin tamaddun, mereka tidak akan kembali kepada Sanskritisme, apatah lagi Buddha Mahayana walau ada kalangan berusaha ke arah dengan bantuan bisikan syaitan dan agen syaitan di kalangan manusia, termasuk manusia Melayu sendiri.

Soal penyamaran ini memang banyak dilakukan bukan Melayu dan bukan Islam. Mereka tahu orang Melayu mudah terpedaya. Asal ada orang ingin membantu, maka terus diterima tanpa usul periksa.  Malah, jika dinasihati agar berhati-hati, maka tentu sekali dikatakan orang dengki kepadanya.

Untuk melakukan penyamaran, orang bukan Islam akan menggunakan orang Islam sendiri sebagai pengantaraan. Menggunakan pengaruh orang Islam untuk menarik keyakinan orang Islam. 

Mereka akan menghulurkan bantuan kepada orang Islam, masuk ke masjid, surau dan madrasah.  Kalau beberapa tahun lalu, kecoh wanita bukan Islam berpakaian tidak sopan di masjid, maka kini mereka berpakaian lebih sopan berbanding orang wanita Islam berada di masjid.

Demi penyamaran memperdayakan orang Melayu, mereka sanggup melakukan apa saja.  Mereka telah menkaji sejarah bagaimana mudahnya Melayu ditipu.

Tahun 1958...Lee Kuan Yew sentiasa pakai songkok dan membaca terjemahan al-Quran, telah berjaya menarik banyak Melayu menyokongnya. 

Nama seperti  Yusof Ishak dan Osman Wok berjuang bersama Lee Kuan Yew untuk menarik sokongan orang Melayu. Hasilnya, PAP berjaya memerintah Singapura. 

Setelah mendapat kuasa, Melayu dipinggirkan. Itulah raliti sejarah Melayu di Singapura.

Hal yang sama semakin terserlah di Malaysia sekarang. Mungkinkan sejarah itu akan berulang kepada bangsa Melayu Malaysia?

Kata pujangga, bangsa lupa sejarah akan mengulangi sejarah kesalahan dilakukan oleh bangsanya pada masa lalu. Ingatlah, sejarah buruk akan sentiasa berulang jika kita lupa padanya. 

No comments:

Post a Comment