Jika
dulu, perkhidmatan internet hanya boleh digunakan melalui peralatan komputer
yang tidak boleh dibawa secara mudah, tetapi kini segala-galanya 'terlalu
mudah' apabila terdapat perkhidmatan 3G dan 4G membolehkan penggunaan telefon
bimbit dan gajet lain mengakses perkhidmatan internet di mana-mana saja yang
ada liputan isyarat.
Berita
dan cerita fitnah, terutama berkaitan dangan politik disebarkan secara meluas
di internet sebagai sebahagian bahan kempen politik kerana lebih mudah dan
berkesan. Dengan sedikit usaha mencipta fitnah yang dibuat secara bentuk
rencana, gambar, carta atau catatan ringkas, ia dapat disebarkan secara meluas
melalui blog, laman web dan laman sosial yang menjadi sebahagian cara hidup
masyarakat hari ini.
Pihak
yang mencipta fitnah terus galak mencipta berita dan dakwaan yang tidak benar
kerana masih banyak orang yang mempercayainya. Walaupun banyak fitnah dan pembohongan
telah terbukti tidak benar melalui penjelasan dan pembuktian mengenai fakta
yang sebenar, masih ramai yang tidak menerima kenyataan, tetapi sebaliknya
masih menganggap berita fitnah sebagai benar.
Fitnah
dan pembohongan akan terus berlaku selagi pihak yang melakukannya yakin bahawa
apa yang dilakukan itu akan dipercayai oleh golongan tertentu yang mudah
tertipu dengan propaganda tidak bertanggungjawab.
Banyak pihak yang mempercayai berita fitnah mendakwa ia benar
kerana pihak yang difitnah tidak membuat saman di mahkamah. Perlu diingat,
tidak semua berita fitnah dapat dibawa ke mahkamah bertujuan menghalang atau
menuntut ganti rugi.
Ini kerana banyak fitnah disebarkan tidak secara jelas mensabitkan berita itu berkaitan individu tertentu, fakta atau tuduhan yang samar dan beberapa masalah teknikal tertentu yang tidak sesuai untuk tindakan mahkamah.
Ini kerana banyak fitnah disebarkan tidak secara jelas mensabitkan berita itu berkaitan individu tertentu, fakta atau tuduhan yang samar dan beberapa masalah teknikal tertentu yang tidak sesuai untuk tindakan mahkamah.
Atas sebab inilah mengapa mereka yang menyebarkan fitnah tidak
takut untuk melakukan perbuatan yang amat keji itu. Malah ada pihak yang
menjadikan kerja mencipta fitnah ini sebagai satu kerjaya dengan mendapat upah
daripada pihak tertentu. Tidak sepatutnya kebebasan yang diamalkan di negara
kita disalahgunakan.
No comments:
Post a Comment