Friday, 17 January 2020

KESILAPAN PEMAKAIAN AKSESORI SERAGAM TENTERA

Pemakaian aksesori atau sesuatu pada pakaian tentera perlu mengikut peraturan. Ia tidak dilakukan atau dipakai sebarangan.

Tengok kepada pemakaian pelakon ini. Kepada mereka yang tidak mahir atau tidak mengetahui tatacara pemakaian pegawai tentera, tentu sekali tidak menyedari tentang kesalahan yang telah berlaku.

Pelakon tersebut memakai pangkat Leftenan Kolonel. Pangkat yang tersenarai sebagai pengawai kanan. Pangkat Leftenan Kolonel lebih tinggi berbanding pangkat Majer dan lebih rendah daripada pangkat Kolonel.

Kesalahan pemakaian aksesori yang dimaksudkan ialah pemakaian lencana kolar atau lebih dikenali di kalangan tentera sebagai 'red gojet'. Red gojet ialah aksesori yang dipakai di bahagian kolar baju dan berwarna merah.

Pemakaian red gojet adalah dikhususkan kepada pegawai kanan yang berpangkat Kolonel dan ke atas.

Kesalahan pemakaian aksesori itu bukan perkara boleh dipandang ringan. Biarpun ia dilakukan oleh pelakon yang tidak mengetahui etika pemakaian, yang patut dipersalahkan ialah pihak meluluskan babak itu.

Sepatutnya ada pihak dari pihak tentera yang meneliti terlebih dahulu babak-babak yang ada melibatkan pemakaian dan aksi ketenteraan.

Penayangan babak itu disiarkan di saluran utama televisyen negara yang pastinya ditonton oleh jutaan penonton.

Diharapkan perkara ini tidak lagi dipandang mudah pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment