Sikap
adalah penentu kepada kejayaan. Sebaliknya, keupayaan hanya sebagai alat untuk
mencapai kejayaan. Jika kita ada alat, tetapi tidak betul sikap, kejayaan tidak
mampu dicapai. Sebaliknya, jika betul sikap, jika tiada alat, kita akan
berusaha untuk mendapatkan alat itu, dan mencapai kejayaan.
Apa
yang tercetus dalam fikiran semasa intiusi bukan sesuatu tidak mungkin dicapai.
Fikiran sudah tentu tidak menerimanya jika sesuatu tidak lojik. Yang tidak
lojik sebenarnya diri kita jika tidak mahu mengusahakannya.
Kejayaan
sesuatu yang sukar kepada orang yang di dalam hatinya mengatakan dia tidak akan
berjaya. Bagi orang yang mengatakan dirinya akan berjaya, sebenarnya telah
berjaya sebelum dia beroleh kejayaan sebenar. Kepuasan melakukan sesuatu sudah
dianggap sebahagian daripada kejayaan.
Individu
mendapat kepuasan daripada apa yang dilakukan sekiranya dia ikhlas dan yakin
apa yang dilakukan olehnya. Sikap itu memudahkan lagi untuk memperoleh
kejayaan. Sebaliknya amatlah sukar untuk memperoleh kejayaan jika tidak
menyukai apa yang dilakukan.
Inilah
hakikat yang perlu dihayati oleh setiap orang. Bekerja dan berusaha menjadi
lebih mudah jika ada keikhlasan, mempunyai keyakinan dan minat. Jangan fikir pekerjaan
sekarang satu yang membebankan. Lihat dalam diri, ciptakan minat mendalam
terhadap pekerjaan. Ingat, cara anda melihat diri sendiri akan menentukan apa
yang anda akan lakukan.
Intiusi
yang dijadikan motivasi hendaklah digarap juga secara bayangan. Jika anda
menetapkan sasaran untuk berjaya mendapat sesuatu tahap kejayaan atau kekayaan,
apa kata bayangkan diri anda sudah berada di tempat yang anda impikan itu.
Intiusi
ialah daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir
atau membuat pertimbangan secara sedar. Intiusi juga bermaksud gerak hati.
Sebenarnya
intiusi boleh berlaku secara spontan. Sesuatu yang terlintas di dalam hati dan
kemudian membawa kepada pemikiran secara sedar adalah satu bentuk intiusi.
Bayangkan
juga apa anda akan lakukan setelah mencapai kedudukan itu. Mungkin anda ingin membeli
kereta atau rumah idaman. Jadi, apa salahnya anda gantungkan gambar kereta atau
rumah idaman anda. Itu rasanya lebih baik daripada menggatung gambar artis di
dalam bilik.
Bayangan
yang kita rasakan itu tentunya tidak mahu sekadar satu bayangan. Tindakan
proaktif untuk menjadikan ia satu kenyataan tentu akan lahir daripada bayangan
itu. Tentulah anda tidak rela sekadar mencapainya dalam bayangan. Manakala
gambar kereta dan rumah idamanan anda sekadar kekal dalam gambar.
Dalam
menjayakan cita-cita tentu tidak sunyi daripada halangan. Teruskan tekad dan
meningkat semangat. Buat sedaya upaya untuk mengekalkan matlamat. Teruskan
ghairah untuk mencapai intiusi. Ingatlah, tindakan kita menentukan sama ada
kita berjaya atau gagal.
No comments:
Post a Comment