Kenalkah
anda serangga apa yang terdapat pada gambar yang ditunjukkan ini. Itu adalah salah
satu jenis kumbang. Kumbang ini ada yang menggelarnya kumbang badak. Kumbang
badak atau nama saintifiknya, Oryctes rhinoceros. Struktur badan seakan-akan
menyerupai bentuk seekor badak sumatera. Serangga ini amat sinonim dengan pokok
kelapa sawit dan ia sangat jinak.
Kumbang badak juga dipanggil kumbang kelapa atau kumbang nyor. Dalam dialek Kelantan dipanggil 'kabur nyor'. Dikatakan kabur nyor kerana kumbang ini menjadikan pokok kelapa sebagai sasaran untuk dimakan. Kabur nyor akan menyerang bahagian umbut kelapa dengan cara menebuk bahagian umbut muda yang masih lembut.

Umbut
kelapa yang dimakan oleh kumbang kelapa akan terganggu tumbesaran dan jika kerosakan
yang besar boleh menyebabkan pokok kelapa akan mati. Tanda awal kelapa diserang
oleh kumbang kelapa ialah daun yang berbentuk akan kelihatan seperti kipas.
Kumbang
kelapa aktif ketika waktu malam. Ketika malam kumbang kelapa akan menyerang atau
memakan umbut pokok kelapa. Pada waktu siang keadaan kumbang kelapa seakan-akan
lemah. Tidak bermaya untuk terbang atau bergerak. Pada waktu malam masa yang sesuai
untuk menangkap kumbang kelapa dan dihapuskan.
Selain
pokok kelapa, kumbang ini juga menyerang pokok kelapa sawit. Mudah kata pokok ini
biasa menyerang pokok palma yang mempunyai umbut.
No comments:
Post a Comment