Walimatulurus
ialah mengadakan jamuan sebagai tanda kesyukur dan menghebahkan mengenai
perkahwinan. Menghadiri majlis jamuan amat dituntut biarpun tidak berhasrat
untuk menikmati jamuan disebabkan alasan tertentu. Apa yang penting ialah hadir
meraikan majlis dan merapatkan silatulrahim.
Rasulullah
SAW bersabda: "Apabila kamu diundang ke sesuatu jamuan makan, hendaklah
kamu menghadirinya. Jika kamu mahu makan, makanlah. Dan jika tidak mahu makan, tidak
mengapa." - (Hadis riwayat Muslim).
Hebahan
perkahwinan bertujuan mengelak fitnah yang mungkin dilemparkan kepada pasangan
yang baru berkahwin. Sekirannya perkahwinan itu tidak diketahui orang lain,
mereka akan dipandang serong dan difitnah melakukan maksiat apabila
berdua-duan.
Hebahan
juga bertujuan memberitahu mengenai seseorang wanita telah berstatus isteri
kepada suaminya. Hal ini dapat mengelak ada lelaki lain menaruh minat
terhadapnya.
Sebab
itu, perkahwinan perlu dihebahkan dengan apa cara sekalipun. Jika tidak mampu
atau tidak mahu mengadakan walimatulurus, sebarkan berita itu melalui jiran
tetangga.
Sekarang ini hebahan melalui media sosial cukup berkesan kerana
melibatkan rakan atau mereka dikenali. Cara itu lebih mudah dan murah.
No comments:
Post a Comment