Thursday, 1 July 2021

APA SUMBANGAN RAKYAT HENTI WABAK COVID-19

 

Rakyat asyik salahkan kerajaan dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan) kerana wabak Covid-19 masih tinggi.  

Ismail Sabri telah melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat. Sepenuh tenaga dan kudratnya ditumpukan kepada usaha memerangi Covid-19.

Sebagai Menteri Pertahanan, sumber tenaga anggota tentera dan aset ATM digerakkan semaksima untuk menghentikan serangan wabak yang tidak tahu bila akan berakhir.

Tidak ada hari rehat atau bercuti walau sehari untuk Ismail Sabri. Beliau mengorbankan masa keluarga dan anak-anak beliau semata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada tugas dan mandat rakyat.

Menyalahkan kerajaan dalam soal kegagalan mengawal wabak Covid-19 bukan satu kaedah membawa kebaikan. Budaya suka menyalahkan pihak lain tidak akan mengubah keadaan.

Cuba tanya apa peranan rakyat untuk mengawal wabak Covid-19 yang terus mengganas mencari mangsa. Kita semua boleh menjadi mangsa jika tidak patuh SOP.

Penularan yang berlaku sekarang kerana rakyat gagal ikut SOP. SOP yang ditetapkan dianggap menyusahkan. Tetapi rakyat tidak sedar, kerana tidak ikut SOP menyebabkan keadaan menjadi semakin susah. Keadaan menjadi kelam kabut dan memenatkan.

Biarpun, banyak kluster kilang atau tempat kerja, namun kluster sosial turut tidak kurang banyaknya.

Banyak yang masih degil melakukan itu dan ini. Bergerak ke sana dan ke sini. Tidak melakukan penjarakan fizikal dan sebagainya. Kalau rakyat ingin wabak ini terhenti, amat penting patuh SOP ditetapkan.

Usaha mengawal penularan Covid-19 hanya akan berjaya jika rakyat patuh kepada SOP. Menyalahkan kerajaan bukan cara pengawalan.

Sebaliknya, kalau rakyat ikut SOP yang ditetapkan kerajaan, insya-Allah penularan Covid-19 akan dapat dikawal.

Jika tiada keperluan yang penting, kekal berada di rumah. Setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab pada diri mereka sendiri.

Kita jaga kita. Duduk di rumah.

No comments:

Post a Comment