Wednesday, 25 August 2021

KHASIAT HERBA TRIBULUS TERRESTRIS

Tribulus terrestris digunakan secara meluas sebagai herba untuk meningkatkan libido (kemampuan seksual) lelaki dan wanita, untuk tahan lama di ranjang atau main lama.

Kajian klinikal tribulus terrestris menunjukkan herba ini mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.

Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.

Kesan hormon pengimbang dalam tribulus terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.

Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone (LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.

Selain itu, tanaman ini juga digunakan dalam perubatan hati, ginjal, serta penyakit saluran pencernaan. Tribulus dapat membantu masalah seksual kerana memiliki komponen yang disebut protodioscin. 

Zat ini akan diubah menjadi hormon dehidroepiandosteron atau DHEA, yang merupakan stimulan untuk penghasilan hormon testosteron dan estrogen.

Secara ringkasnya, tribulus merangsang tubuh untuk membentuk hormon testosteron dan estrogen.

Tribulus terrestris memainkan pernanan utama terhadapa gland reproduksi kedua-dua gender, lelaki dan perempuan.

Herba ini di dapati berperanan meransang kelahiran hormon testosterone, progesterone dan estrogen pada tahap optimum kesihatan untuk lelaki dan perempuan.

Menerusi kaedah ujian klinik, herba ini bertindak dan mempamerkan peningkatan pada kadar testosterone, peningkatan pada kelahiran sperma, lantas mempengaruhi peningkatan terhadap peranan sistem reproduksi. 

Sama ada kepada lelaki atau perempuan, tindakbalas herba ini memperkayakan hormon pada tahap keseimbangan sesuai pada kadar yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Sesuatu yang perlu di beri perhatian ialah berhubung keperluan perempuan. Herba ini mengatasi tanda-tanda/gejala ketidakseimbangan hormon semasa sebelum datang haid atau semasa menopause. 

Di samping melanksanakan tugasan mengimbangi hormon, tindakbalas herba ini juga menghasilkan “estradiol” penting untuk hormon “estrogen”.  

Maka ia dapat membantu meningkatkan prestasi sistem reproduksi, melancarkan peroses “ovulation” (penghasilan telur menerusi “felopian tube”) serta menimbulkan keinginan melakukan hubungan seks (libido). 

Herba tribulus terrestris juga memberi sumbangan ketara terhadap ransangan fungsi hati. Herba yang berperanan meransang hati akan membolehkan hati menjalankan tugasannya memecahkan lemak kepada komponen “essential fatty acids” dan “fat soluble vitamins” untuk diguna oleh tubuh manusia. 

Sekiranya hati dapat memainkan tugasannya secara optima, maka tahap kolasterol dalam tubuh manusia dapat dikawal, sekaligus dapat mengawal masalah darah tinggi dan mengatasi masalah kegemukan.

Secara umumnya kebaikan tribulus terrestris
- Meningkatkan libido.
- Meningkatkan kesihatan tubuh.
- Melancarkan peredaran darah.
- Mencegah penyakit jantung.
- Membantu mengatasi alergi atau alahantubuh.
- Memperbaiki pengelihatan.
- Menurunkan kadar gula darah.
- Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otot.
- Merangsang hormone testosterone.
- Meningkatkan keupayaan sperma.
- Menurunkan tekanan darah.  
- Mempunyai kesan positif terhadap penghasilan tulang sumsum.
- Meningkatkan gairah suami.
- Mengatasi ejakulasi awal.
- Menguatkan otot dan stamina.
- Peningkatan pertumbuhan otot.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan badan.  
- Kaedah perubatan untuk “gonorrhea” (sakit pada alat kelamin).
- Kaedah perubatan untuk “psoriasis” (penyakit kulit kronik).
- Kaedah perubatan untuk beberapa jenis penyakit kanser.
- Melagakan penyakit gout.
- Menghancurkan batu karang.
- Mengelak pemendapan atau tumbuh batu karang.
- Melawas pembuangan air kecil.

No comments:

Post a Comment