Satu
cara mudah beriadah ialah berjalan kaki. Berdasarkan kajian, berjalan kaki
sebanyak 10,000 langkah sehari dapat membantu mengekalkan kesihatan badan yang
melayakkan seseorang dianggap sebagai seorang yang aktif dan sihat dari segi
fizikal.
Oleh
sebab itu, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan (NGO) melancarkan kempen 10,000 Langkah Sehari.
Berjalan
10,000 langkah adalah bersamaan dengan berjalan kaki anggaran sejauh 6
kilometer sehari. Berjalan dengan langkah 10 000 sama seperti berenang selama
90 minit, berbasikal selama 70 minit, bermain bola sepak selama 90 minit.
Walaupun
jumlahnya agak besar, tetapi tidak bermakna 10,000 langkah berjalan kaki itu
perlu dilakukan secara berterusan untuk menggenapkan bilangan 10,000 langkah
itu.
Maksud 10,000 langkah ialah jumlah langkah berjalan kaki yang dilakukan dalam
tempoh sehari. Tidak kiralah berjalan di dalam rumah, pergi ke sekolah, ketika
melakukan tugasan seharian dan sebagainya.
Oleh
sebab itu, setiap orang perlu mengurangkan penggunaan kemudahan seperti kereta
dan motosikal untuk perjalanan ke tempat yang dekat.
Selain
itu kurangkan penggunan lif dan tangga bergerak jika berurusan di tempat yang
menyediakan kemudahan tersebut.
Golongan
muda perlu mengambil kesempatan untuk menjaga kesihatan sebelum masuk usia tua
yang biasanya mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Penyakit
pada usia tua sebenarnya banyak berpunca tidak menjaga kesihatan ketika usia
muda yang menunjukkan tanda-tandanya apabila usia meningkat tua.
No comments:
Post a Comment