Seorang bapa berkata kepada anaknya: "Kamu
lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli
bertahun-tahun yang lalu. Ayah sangat sayang dan simpan untuk dihadiahkan
kepada kamu!"
Mata si anak terkebil-kebil melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.
Ayah: "Tetapi ... sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."
Anak lelaki itu mengikut arahan bapanya lalu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya.
Anak: "Mereka menawarkan saya RM5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."
Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh digadai."
Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata: "Kedai itu menawarkan RM500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat teruk."
Kemudian si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.
Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya: “Beberapa orang di kelab itu menawarkan RM100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R35. Kereta ikonik dan dicari oleh ramai orang.
Si bapa berkata kepada anaknya: “Ayah hendak kamu tahu, tempat dan orang tepat akan menghargai kamu dengan nilai yang betul”
Maka:
- Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.
- Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.
- Jangan tunggu lama-lama di tempat kita tidak dihargai.
- Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.
Kredit kepada penulis asal. Disalin daripada media sosial.
Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Post a Comment