Loji Rawatan Air (LRA) Jelawat. LRA Jelawat yang berkapasiti 4 juta liter sehari (JLH) ini dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM5.9 juta. LRA Jelawat menggunakan Teknologi Intelligent Aqua yang kurang penggunaan bahan kimia dalam sistem rawatan menghasilkan kualiti air terawat yang cukup baik.
Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli
bin Datuk Hassan pada 28 Ogos 2024.
Loji dikendalikan Air Kelantan Sendiri
Berhad (AKSB) ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,700 akaun
pengguna dengan menyediakan bekalan air terawat berkualiti, serta menyokong
peningkatan jumlah pengguna sebanyak 4% setiap tahun.
Antara kawasan yang mendapat manfaat daripada terbinanya loji ini adalah Bandar Baru Jelawat, Pekan Jelawat, Kampung Bator, Kampung Bukit Chenda, Kampung Seneng, Kampung Gelong Badak, Kampung Padang Pak Amin, Kampung Alor Ganu, Kampung Kubang Keladi dan Kampung Teratak Pulai.


No comments:
Post a Comment