Sunday, 23 February 2025

PERASMIAN PEJABAT UMNO BAHAGIAN KALABAKAN

 
Genaplah 34 tahun UMNO bertapak di Sabah. Sepanjang tempoh tersebut, UMNO Sabah telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, suka dan duka yang telah mematangkan makna sebuah perjuangan selaku parti politik di Sabah untuk terus melangkah ke hadapan, berjuang membela bangsa agama dan negara.

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 yang diadakan di Tawau pada 23 Feb 2025, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan penghormatan untuk merasmikan pejabat UMNO Bahagian Kalabakan yang baharu di Taman Ria Height Tawau, Sabah.

Dengan adanya fasiliti yang lebih moden dan selesa, ia akan menjadi pusat gerak kerja yang lebih efisien dalam memperkukuhkan parti serta menyemarakkan lagi semangat perjuangan di kalangan ahli.

Tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO Kalabakan atas pelancaran bangunan baharu ini.

Semoga bangunan ini menjadi medan strategik untuk merancang dan melaksanakan agenda perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan tanah air di negeri Sabah ini. 

No comments:

Post a Comment