Seramai 102 orang pelatih PLKI-ECRL akan dihantar bagi
menjalani latihan intensif selama satu tahun di Liuzhou Railway Vocational
Technical College (LRVTC), China bermula 19 Mei 2025.
Tindakan itu selaras dengan usaha kerajaan memperkasa pembangunan modal insan tempatan dalam industri
berteknologi tinggi. Secara tidak langsung pelatih ini juga berperanan sebagai
duta kecil Malaysia ke negara China.
Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk menyampaikan
mesej Kenegaraan Malaysia MADANI secara lebih khusus melalui Nilai Teras
Malaysia MADANI dan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mengenai peranan
belia yang bertanggungjawab, berintegriti dan berpotensi menyumbang semula
kepada komuniti.
Antara pengisian utama program ini termasuklah sesi forum
bersama Ketua Pengarah AKM, Datuk Dr. Roslan bin Hussin, yang menyentuh aspek
penting pembinaan negara bangsa dan tanggungjawab belia dalam mengangkat
nilai-nilai MADANI dalam kehidupan seharian.


No comments:
Post a Comment