Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian
pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453km/j, lapor Xinhua.
Kereta api siri CR450, yang direka untuk kelajuan ujian
maksimum 450km/j dan kelajuan operasi komersial 400km/j, kini menjalani ujian
kelayakan di laluan kereta api laju yang menghubungkan bandar timur Shanghai
dengan bandar pedalaman barat Chengdu, menurut Science and Technology Daily, pada
21 Okt 2025.
Kereta api laju itu boleh memecut dari keadaan pegun ke
350km/j dalam hanya 4 minit 40 saat dan dua tren mencipta rekod apabila
berselisih pada kelajuan gabungan 896km/j.
Berbanding model sebelumnya, CR400, CR450 menampilkan
bahagian hadapan yang lebih panjang dan aerodinamik, garis bumbung yang
direndahkan sebanyak 20 sentimeter dan pengurangan berat sebanyak 50 tan, yang
menyumbang kepada pengurangan 22 peratus dalam rintangan aerodinamik.
Kereta api laju CR400 Fuxing yang kini beroperasi bergerak
pada kelajuan 350km/j.
Kereta api CR450 pula mesti melengkapkan 600,000km operasi tanpa masalah sebelum boleh diberikan kelulusan untuk membawa penumpang. – BERNAMA-XINHUA
Kereta api CR450 pula mesti melengkapkan 600,000km operasi tanpa masalah sebelum boleh diberikan kelulusan untuk membawa penumpang. – BERNAMA-XINHUA
No comments:
Post a Comment