Tuesday, 8 September 2026

MENGENANG TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN

 
Mengenang Tun Abdul Razak bin Hussein. Tun Razak (11 Mac 1922 -14 Januari 1976) adalah perdana menteri Malaysia kedua bermula 1 September 1970 hingga 14 Januari 1976. Beliau adalah negarawan yang meninggalkan asas begitu besar dalam pembinaan Malaysia. Beliau dikenang kerana zamannya dan pemikiran serta legasinya terus hidup merentas zaman.

Daripada usaha memperkukuh perpaduan, membina sistem pendidikan kebangsaan hinggalah kepada pembasmian kemiskinan dan pembangunan masyarakat luar bandar, banyak asas yang dirintis Tun Razak terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat sehingga hari ini.

Itulah legasi sebenar seorang negarawan. Bukan hanya apa yang berjaya dibina pada zamannya, tetapi bagaimana pemikiran dan perjuangannya terus menjadi pedoman kepada generasi selepasnya dalam membina sebuah negara yang lebih maju, bersatu dan sejahtera.

Justeru, mengenang Tun Razak tidak sekadar sebagai tokoh pemimpin dahulu, sebaliknya menghidupkan semula obor perjuangan dan gagasan negarawan itu dalam mendepani cabaran pembinaan negara bangsa.

Mengenang perdana menteri kedua itu perlu disertai pemahaman mendalam terhadap gagasan, pemikiran serta nilai yang diperjuangkannya agar dapat dijadikan panduan utama dalam menghadapi cabaran semasa.

Tokoh seperti Tun Abdul Razak tidak seharusnya dilihat sekadar sebahagian daripada catatan sejarah kerana pemikiran dan perjuangannya mempunyai nilai yang terus relevan untuk generasi hari ini serta masa hadapan.

Sebab itu tanggungjawab generasi kini bagaimana untuk menyemarakkan lagi api semangat obor perjuangannya.

Mengenang negarawan bukan tugas mudah, ia boleh menyingkap sejarah, mendambakan perubahan, menghidupkan semangat kewajaran untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.

No comments:

Post a Comment