Sejenis ulam yang mendapat perhatian ialah Bayam
Brazil. Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera
sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan
Amerika Selatan.
Spesies tumbuhan ini mudah hidup dan
pembiakkannya melalui keratan batang. Cucuk
sahaja di atas tanah, insyaalah tumbuhlah pokok Bayam Brazil.
Tetapi jangan pula lupa nak siram dan bubuh baja.
Itu penting untuk pokok membesar.
Pokok yang cukup air dan baja akan cepat membesar.
Untuk dituai hasilnya, hanya perlu potong batangnya.
Batang yang dipotong itu akan terus tumbuh cabang
atau batang lain. Batang muda yang dipotong boleh dimakan bersama dengan duannya.
Kalau ingin memperbanyakkan tanaman, hanya ambil
pucuk dan daun untuk dimakan. Batang yang sudah agak tua boleh disemai untuk menumbuhkan
pokok baharu.
Daunnya boleh dimakan sama ada mentah atau
dimasak. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi. Saiz daunnya pula
sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.
Daun Bayam Brazil tidak berlendir dan juga
rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil
juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup
atau sayuran di dalam masakan barat.
No comments:
Post a Comment