Bronok
atau nama saintifiknya acaudina molpadioides iaitu sejenis hidupan laut yang
seakan-akan gamat. Bronok memiliki tekstur licin dan lembik seperti sotong. Isinya
sangat kenyal dan agak masin.
Bronok
mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah jambu.
Biasanya
bronok ditemukan di kawasan berselut. Namun, pada masa tertentu ia juga ditemui di kawasan pantai berpasir ketika musim hujan dan angin kencang.
Bronok
biasanya dijadikan kerabu atau dimakan mentah. Bronok yang sudah dibersihkan akan diadun bersama
sambal kelapa, cili, lengkuas dan kerisik. Resepi cara menyediakan hidangan bronok memang mudah dan ringkas.
Cara
atau menu lain yang berasaskan bronok ialah potong nipis-nipis, perah limau nipis dan
digaul dengan cili. Masukkan garam sesedap rasa. Kemudian boleh terus dimakan tanpa
perlu dimasak.
Bronok
juga biasanya digunakan sebagai umpan memancing.
Pulau
Langkawi di Kedah dan Pulau Parit Karimun di Johor antara lokasi yang terdapat banyak
bronok. Resepi bronok Pulau Langkawi dikatakan menu wajib cuba kalau bertandang ke pulau bebas cukai itu.
No comments:
Post a Comment