Masjid
Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan merupakan antara masjid tercantik di daerah
Kuala Lipis. Masjid bernilai RM4.22 juta dibina dengan peruntukan kerajaan
pusat pada 2012 dan mula digunakan pada 26 Mei 2016.
Masjid
berkeluasan 1,095 meter persegi itu mampu menampung sekitar 1,200 jemaah pada
satu-satu masa.
Masjid
Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan memberi manfaat kepada masyarakat di Felda
Sungai Koyan 1, Felda Sungai Koyan 2, dan Felda Sungai Koyan 3 serta masyarakat Orang Asli beragama Islam yang tinggal
berhampiran.
Masjid
tersebut telah dirasmikan pada 28 Mei 2018, bersamaan 13 Ramadan 1439H oleh Pemangku
Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj
Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.
Keindahan
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan sering mencuri pandang mereka yang melalui
pekan Sungai Koyan, terutama mereka dari arah Kuala Lipis.
Masjid
yang tersergam indah itu sentiasa menggamit mereka yang melalui kawasan itu untuk
berhenti menunaikan solat mahupun berehat seketika.
Kawasan
tempat letak kenderaan yang luas dan kemudahan yang disediakan menjadi lokasi mereka
yang dalam perjalanan sama ada menuju ke Cameron Highlands, ke Kelantan mahupun
sebaliknya.
No comments:
Post a Comment