Tapai ubi kayu satu produk berasal dari ubi
kayu yang melalui proses rebus dan peram. Tapai ubi kayu telah lama diusahakan
oleh masyarakat dahulu yang menjadi sebahagian menu ketika makan petang sambutan hari raya.
Tapai ubi adalah satu produk hasil daripada
'proses penapaian' yang telah berlaku semasa pembuatan tapai. Kaedah peram tapai ubi kayu hampir sama dengan tapai beras.
Walaupun pelbagai produk telah dihasilkan
daripada bahan asas ubi kayu, namum penghasilan tapai ubi kayu masih diteruskan
kerana masih ada peminat dan permintaannya agak tinggi.
Justeru, pembuatan tapai ubi kayu kini telah
menjadi sebahagian produk industri asas tani yang dihasilkan secara lebih
berfokus sebagai satu bentuk perniagaan.
Jika sebelumnya penghasilan tapai ubi
dilakukan secara kecil-kecilan dan dijual di pasar dan hari tertentu, kini ia
dihasilkan dalam skala lebih besar dan setiap hari untuk dipasarkan di merata
tempat.
Untuk mendapat bekalan ubi kayu tidak sukar kerana
sudah ada petani yang menanam ubi kayu secara sekala besar dan berterusan.
Dengan menggunakan bekas yang berfungsi dapat
meneruskan proses peram, tapai ubi boleh dipasarkan lebih awal dan pembeli
boleh menyimpan beberapa hari sebelum 'masak' sepenuhnya.
Pembeli juga boleh memilih yang sudah masak
dan terus sesuai untuk dimakan atau dijadikan sebahagian bahan membuat air batu
campur tapai, digoreng dan sebagainya. Campuran tapai juga digunakan untuk membuat beberapa jenis kuih seperti apam.
Tapai ubi boleh disimpan lama jika diletakkan
di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment