Generasi
muda sering mengungkapkan perkataan ‘crush’ dalam kehidupan. Apa yang
dimaksudkan dengan ungkapan crush itu? Dalam maksud yang mudah ialah crush
bermaksud seseorang yang diminati atau disayangi secara rahsia, yakni individu
yang dimaksudkan cursh itu tidak mengetahui ada individu yang meminati dan
tertarik kepadanya.
Bila
kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Individu ada crush membawa kepada fenomina yang sukar difahami.
Meminati
seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada
orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering
memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat
agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…
Crush
itu lumrah dalam kehidupan remaja. Ada yang sekadar satu perasaan yang lahir
secara tiba-tiba dan mungkin juga akan hilang begitu sahaja untuk tempoh masa
tertentu. Namun, ada yang parah sehingga mengambil masa bertahun-tahun yang
hanya terpendam di dalam hati.
Mengapa
mesti terus menjadikan seseorang sebagai crush? Mengapa perlu memendam rasa dan
tidak mahu berterus terang? Meminati dan mencintai seseorang itu bukan satu
kesalahan.
Keberanian
perlu ada untuk memberitahu atau berterus terang. Kalau tiada keberanian, tidak
kisahlah apapun alasan, elok lupakan sahaja. Jangan bebankan perasaan dan minda
kepada crush yang anda sendiri tidak berani untuk menyatakan kebenarannya.
Jika
tiada keberanian untuk berterus-terang, bermakna ada tidak akan ada peluang.
Kalau begitu, elok lupakan sahaja rasa sayang dan kasih itu.
Hidup
bukan berasaskan kepada fantasi tetapi realiti. Hidup satu perlumbaan dan
berebut peluang. Siapa tiada keyakinan diri, dia telah kalah sebelum masuk medan.
Kalau
ada crush... beranikan diri untuk berterus-terang. Tukarkan crush kepada
kekasih yang nyata. Kalau sudah berterus-terang dan keinginan anda ditolak, maka
terimalah kenyataan. Dia bukan untuk anda dan tidak perlu lagi dijadikan dia crush.
No comments:
Post a Comment