Sunday, 21 June 2020

CERITA TENTANG HARGA DURIAN DAHULU, SEKARANG


Setiap orang ada pandangan masing-masing tentang durian. Paling popular dan banyak dikisahkan tentunya tentang harga durian. Ada kisah dan tauladan yang boleh diambil dijadikan panduan. Ini satu kisah durian yang nukilkan oleh seorang wartawan mengenai durian di dalam FB dengan nama Dee Pasir Mas. Tulis beliau:

Nak cerita pasal durian.. aku kenal durian tika umur nak cecah belasan tahun.. kalau umur aku 11 tahun makna itu tahun 1974-an.. durian masa tak sejenuh sekarang.. selalunya pemilik kebun durian tak hirau sangat bab duria luruh ni sbb kebun mereka penuh hutan belantara. sebiji jatuh, dua tiga hari cari tak jumpa lagi, selain banyak yg berlubang ditebuk tupai, keluang atau monyet. Jadi, harga durian masa tu dikira tiga empat biji RM1.

Kemudian masuk era 80-an, harga naik sikit, dijual RM1 sebiji atau 15 biji RM10.. berguni-guni mak ayah bawa balik durian pakat makan, sebab banyak.

Masuk 90-an durian tak jual biji lagi, sebaliknya jual longgok. di ulu kelantan masa tu satu longgok dlm tujuh lapan biji dijual RM5..masuk tengahan 90-an, dah mahal sikit, tiga empat biji RM10..masa tu tak timbul lagi kunyit atau musang king ni..tak ada dlm senarai durian lagi.. masuk tahun 2000, harga durian jadi rosak. dari tiga empat biji RM10 dinaik RM20, RM30 selonggok.

Orang Asli pun masa tu dah pandai main harga. Tak laku dah sistem barter dgn mereka masa tu. Mereka dah kenal duit..nak durian kena dgn duit, bukan tukar dgn barang2 lagi dah. masuk tengahan 2000, durian kunyit pun timbul, kalau di pasir mas, kunyit tersohor gak di chetok la, milik sorang tokey cina.. tembakau dia main, durian kunyit pun dia main..dialah yg rosakkan harga durian sehingga masa tu melambung naik kpd RM10, RM20 sebiji. sistem longgok, sistem lima enam ringgit sebiji tak main dah.

Dah tutup buku dah sistem jualan mcm tu, sehingga sekitar 2007 ke atas, barulah timbul musang king, udang merah, XO, IOI dan mcm2 nama lagi yg harganya jatuh RM50, RM60 sebiji, sedangkan dlm tu hanya ada lima enam ulas saja.

Sejak pada tu aku tak minat durian lagi. pada aku dari berhabis RM50, RM60 utk sebiji durian yg ada tiga empat ulas dan kalau makan pun lekat celah gigi, baik aku akaunkan dlm bank anak2, ada faedahnya. tak makan durian mahal2 pun malaikat tak tanya dan tak kena seksa kubur.. yg kena seksa kubur pun kerana berdosa mengumpat, memfitnah dan merungut harga durian mahal. Itulah aku nak cerita pada durian..

No comments:

Post a Comment