Sunday, 11 October 2020

KANDAR BAWA BARANG PADA BATANG KAYU

Mengandar ialah membawa barang yang diletakkan tergatung pada batang kayu. Batang kayu itu dipanggil kandar atau kandaran. Ketika membawa bawa atau meletakkan barang di atas kandaran, berat barang itu mesti sama berat atau lebih kurang sama berat.

Tentu sekali agak sukar untuk meletakkan berat barang sama pada setiap bahagian. Jadi, untuk menjadikan imbang, pembawa kandaran perlu melaraskan jarak barang dengan bahagian bahu yang menjadi tempat memikul kandar.

Jika di bahagian depan lebih berat, maka jarak kandar di bahagian depan perlu 'dipendekkan'. Cara lain untuk mengimbangkan kandaran ialah dengan satu tangan akan menampung sebelah yang berat itu.

Perkataan yang sama dengan kandar ialah gandar. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan untuk maksud atau merujuk kepada bahan yang sama. Namun, perkataan gandar lebih kerap digunakan untuk tempat roda kenderaan berpusing.

 

No comments:

Post a Comment