Propaganda merupakan
penerangan atau penyiaran bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau
kelakuan orang ramai.
Perang
propaganda adalah satu bentuk perang psikologi untuk mempengaruhi pengundi dan
rakyat keseluruhannya tentang hebatnya pemimpin dan parti yang disokong, dan
betapa teruknya pemimpin serta parti yang diserang.
Pelbagai
teknik yang berasaskan kajian psikologi digunakan untuk menjana
propaganda. Kebanyakan teknik-teknik yang sama boleh dianggap sebagai salah
anggap yang logik, kerana penyebar propaganda menggunakan hujah yang adakalanya
meyakinkan tetapi tidak semestinya tepat.
Analisa
kaedah-kaedah penyebaran mesej propaganda agak mengambil masa. Kerja penyebaran
propaganda itu penting tetapi jelasnya strategi penyebaran maklumat hanya
menjadi strategi propaganda apabila digandingkan dengan mesej propaganda.
Oleh
itu, adalah penting sekali untuk mengenal pasti mesej-mesej sedemikian untuk
mengkaji cara-cara mesej berkenaan disebarkan.
Strategi
dan mesej yang baik tidak membawa apa-apa erti jika ia tidak disebarkan kepada
khalayak. Jadi, penggunaan tentera siber perlu dilakukan dengan semaksimal. Ia
perlu dilakukan sepanjang masa dan bukan hanya pada masa kempen pilihan raya.
Untuk
mengubah minda dan keyakinan individu kepada satu-satu perkara tidak mengambil
masa yang singkat. Tambah lagi individu berkenaan telah mempunyai keyakinan dan
pegangan pada satu-satu perkara. Teramat sukar untuk mencabut sesuatu
kepercayaan daripada pemikiran seseorang.
Justeru,
pembentuk dan penggunaan tentera siber perlu digerakkan sepanjang masa dan
tersusun.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment