Monday, 22 February 2021

DI MALAYSIA ADA KE BANGUNAN LEBIH 5 TINGKAT?

Melihat gambar jalan bertingkat ini, teringat cerita adik yang berlajar di salah sebuah negara Timur Tengah. Ketika berada di sana, adik ambo ditanya oleh rakan dari negari berkenaan berkenaan Malaysia. Soalan tersebut; di Malaysia ada bangunan lebih 5 tingkat?

Apalah soalan tersebut. Adik yang bengang dengan soalan tersebut yang menggambarkan betapa miskin dan mundur Malaysia sehingga difikirkan tidak ada bangunan berketinggian lebih 5 tingkat, terus menjawab, bukan setakat ada bangunan lebih 5 tingkat, jalan pun ada bertingkat-tingkat.

Kisah ini sudah berlalu lebih 20 tahun lalu. Dunia internet masih kurang. Jadi, sukar untuk adik membuktikan pemandangan sebenar Kuala Lumpur.

Jadi, bila balik bercuti, adik sempat ke Bangunan Berkembar Petronas. Diambil gambar bangunan tersebut yang berketinggian 88 tingkat untuk ditunjukkan kepada rakannya itu. Memang meloponglah...

Sebenarnya, soalan tersebut dikemukakan oleh rakan dari negara tersebut dengan beranggapan mana-mana pelajar yang perlu ke negara berkenaan adalah berasal dari negara yang lebih miskin dan mundur berbanding negara berkenaan.

Mengapa bangunan 5 tingkat dijadikan perbandingan? Kerana di negara tersebut sendiri rata-rata bangunannya tidak melebihi 5 tingkat.

No comments:

Post a Comment