Kawan
baik adalah sahabat sepanjang masa; susah atau senang, kalah ataupun menang. Kawan
terbaik ialah kawan yang boleh berkawan baik dengan kawan kita.
Itu
adalah ungkapan kawan baik dalam konteks hubungan persahabatan antara individu.
Namun, dalam politik, ungkapan kawan baik hampir tidak wujud. Banyak sangat
ahli politik yang bermuka-muka dalam menyatakan kesetiaan kepada parti.
Inilah
nasib dialami UMNO yang dahulu dilihat gah dan banyak ahli politik yang mengaku
berjuang dan setia kepada parti. Namun, segala janji dan ungkapan setia itu
hanya manis di bibir sahaja.
Ada
pemimpin parti yang terus melompat parti apabila UMNO tidak lagi menjadi parti
pemerintah.
Bukan
sahaja ahli UMNO yang tinggalkan parti, bahkan ahli komponen dalam Barisan
Nasional (BN) meninggalkan BN yang secara tidak langsung juga bermakna
meninggalkan UMNO.
Atas
maksud itulah, UMNO lebih berhati-hati dan matang dalam menilai perkembangan kerjasama
politik.
Mungkin,
atas kematangan politik itu, UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15
nanti.
Bersatu
adalah serpihan daripada UMNO. Pemimpin dan ahli Bersatu menjadi musuh politik
UMNO sepanjang menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu sehingga UMNO ditujuk
jalan keluar dari Putrajaya pada 9 Mei 2018.
Pasca
PRU Ke 14, Bersatu masih musuh politik UMNO, malah lebih parah lagi apabila
Bersatu ‘mencuri’ beberapa orang Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti.
UMNO
dan Bersatu hanya menjadi rakan politik untuk membentuk kerajaan Perikatan
Nasional (PN). Itupun atas dasar kerjasama untuk membentuk kerajaan PN, bukan
kerjasama gerak kerja gabungan parti politik untuk menghadapi pilihan raya.
Pun
begitu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, wujud kerjasama antara UMNO (atas
nama BN) dan Bersatu melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut disertai
Parti Bersatu Sabah (PBS).
Pengalaman
PRN Sabah banyak mengajar erti sebenar hubungan UMNO dan Bersatu. Bersatu
dianggap telah tikam belakang UMNO. Bersatu bertindak menjadi ‘abang besar’
membuli UMNO.
Pengalaman
lalu mengajar UMNO untuk bijak memilih kawan. Tiada kawan adalah lebih baik
daripada berkawan dengan kawan yang menikam kawan dan berasa dirinya lebih
hebat.
No comments:
Post a Comment