Tidak ada istilah kem Zahid dan kem Ismail Sabri dalam UMNO seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Apa yang ada dalam UMNO hanya ada satu kem iaitu kem UMNO yang sentiasa ikhlas berjuang demi agama bangsa negara.
Ini merupakan kekuatan UMNO. Mereka boleh berbeza pendapat dan pandangan tetapi akhirnya setiap keputusan itu datang dari suara majoriti dan persetujuan ahli MKT secara musyawwarah.
Setiap kali ada mesyuarat MKT UMNO, maka penganalisa politik memberi gambaran awal bahawa ia akan berlangsung dengan tegang dan panas. Kononnya banyak isu akan dibincangkan yang bakal menjadikan ia pentas jatuh menjatuhkan antara sama sama lain yang kononnya sudah wujud kem atau kelompok ahli MKT UMNO yang berlainan hala perjuangan.
Ya... perbezaan pendapat itu lumrah. Sebab itu ada mesyuarat untuk mencari titik persamaan. Pandangan majoriti diterima dan dijadikan keputusan bersama.
Naratif adanya kem Zahid dan kem Ismail Sabri dicetuskan pihak tidak senang dengan peranan Ismail Sabri yang selalu dilihat tenang dan banyak membantu UMNO kekal relevan dalam arus politik tanah air.
Sebagai menteri kanan, sumbangan Ismail Sabri dalam kabinet dilihat dapat membantu meningkatkan imej UMNO yang mampunyai peranan besar mentadbir negara ketika wabak Covid-19 ini.
Dan, sebagai Naib Presiden UMNO, beliau dilihat dapat mengimbangi atau mengawal sebarang gelora dalaman yang cuba dicetuskan pihak tertentu.
Sebarang cubaan mencetuskan naratif adanya kem zahid dan kem Ismail Sabri perlu dihentikan.
No comments:
Post a Comment