Wednesday, 7 April 2021

GAMPAR PENDEDAHAN RAKAMAN AUDIO MIRIP SUARA ZAHID

Politik negara digemparkan dengan pendedahan rakaman suara mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika betul rakaman audio itu melibatkan Zahid dan Anwar, ia satu malapetaka besar kepada UMNO, dan tentu sekali kepada Zahid sendiri.

Perbualan berkaitan kerjasama dan perancangan antara kedua-dua pemimpin tersebut dalam memastikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) runtuh dalam kadar segera amat kontra dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menolak sebarang kerjasama dengan PKR.

Biarpun Zahid telah menafikan, adakah ia mampu menyakinkan ahli akar umbi bahawa itu bukan suara beliau? Sebelum ini berkaitan surat beliau yang menyokong Anwar dan surat itu juga dibawa oleh Anwar ketika mengadap YDP Agong masih ‘mengganggu’ fikiran ahli akar umbi UMNO sama ada ia benar atau tidak.

Jika ahli akar umbi UMNO menolak penafian Zahid berkaitan rakaman audio serta surat tersebut, bermakna juga dalam hal lain juga akan menimbulkan keraguan dalam soal lain, termasuk dalam soal kerjasama dengan DAP.

Kata pepatah, tidak mungkin digigit ular dua kali dalam lubang yang sama. Kalau sudah tahu lubang itu ada ular mengapa bodoh sangat masih ingin menghulurkan tangan di dalam lubang berkenaan.

No comments:

Post a Comment