Saturday, 3 April 2021

SEBAB PAS PILIH BERSATU

Bersatu dan Pas akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu 31 Mac 2021.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pas dan Bersatu, Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainudin.

“Bersatu dan Pas sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut.

“Sekaligus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Sebenarnya tindakan Pas bersama Bersatu lebih kepada untuk terus berkuasa. Sudah lama Pas berjuang untuk kuasa dan tentu sekali tidak akan melepaskan apabila mendapatnya.

Malah sekarang ini, pemimpin Pas amat jarang menyebut mengenai perjuangan Islam. Penyokong Pas menjadi sendu apabila RUU 355 tidak lagi diperjuangkan. Cadangan pakaian menutup aurat untuk pramugari MAS yang pernah disebut di Parlimen semasa menjadi pembangkang kini entah ke mana. Tuntutan royalti minyak seakan-akan tidak lagi wujud.   

Agaknya tindakan itu bagi menjaga hati Bersatu yang dilihat lebih liberal dalam menerima sesiapa sahaja menyertainya.

Dalam Bersatu, macam-macam golongan ada. Mana-mana pemimpin yang ada masalah akan melompat ke Bersatu. Lompat ke ‘kolam’ Bersatu untuk membersihkan diri kerana bahan cucinya bersifat menghakis kekotoran lebih kuat dari asid. 

No comments:

Post a Comment