Menteri
Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-15 yang dihoskan oleh
Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ADMM 2021 melalui persidangan video, hari
ini.
Mesyuarat
sebulat suara bersetuju dengan sembilan inisiatif ASEAN, termasuk cadangan
Malaysia untuk menubuhkan Rangkaian Pertahanan Siber ASEAN (ACDN) yang
bertujuan menghubungkan semua pusat operasi pertahanan siber negara anggota
ASEAN (AMS) di bawah rangkaian, memanfaatkan kepakaran pertahanan siber AMS.
Inisiatif
ini akan menjadi platform kepada AMS untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan
dan amalan terbaik serta membina keyakinan dan kesediaan dalam pertahanan
siber.
Jelas
sekali, biarpun sibuk dengan tugas sebagai jurucakap kepada kabinet mengenai
Covid-19 yang memerlukan beliau mengerah sepenuh fikiran dan tenaga, tugas
hakiki sebagai Menteri Kementerian Pertahanan tetap diutamakan.
Semangat
yang ditujukkan Ismail Sabri ada sebagai bukti menteri dari UMNO mampu
menggalas tugas dengan baik.
No comments:
Post a Comment