Wednesday, 14 July 2021

Mohamad Hassan Pengarah Pilihanraya UMNO

 

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO MALAYSIA

Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan yang kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO dengan ini saya amanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta merta.

Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

Dengan kedudukan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional.

UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
13 Julai 2021

No comments:

Post a Comment