Jawatan
adalah amanah. Dengan jawatan, banyak perkara kebaikan yang boleh dilakukan atau
diusahakan.
Inilah dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jawatan yang disandang bukan untuk beliau rasa selesa berada di kerusi empuk.
Sebaliknya, beliau sedaya upaya membawa suara dan keluh kesah rakyat kepada pembuat dasar. Semuanya demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat.
Baca catatan beliau di FB.
Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibubapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.
Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu
kepada manusia.
Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibubapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.
Oleh sebab itu saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat MKN, supaya
kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah
lengkap menerima dua dos vaksin.
Insya Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula.
No comments:
Post a Comment