Antara perkara yang diberi perhatian Ismail Sabri atas kapasiti sebagai Menteri Pertahanan ialah pelaksanaan Projek Jiwa Murni.
Manifestasi pelaksanaan Projek Jiwa Murni adalah semurni jiwa Ismail Sabri yang begitu rapat dengan veteran ATM.
Projek Jiwa Murni antara lain ialah membina dan membaiki rumah veteran ATM dan rakyat yang memerlukan pembaikpulihan segera.
Pihak ATM turun padang menjejak dan meninjau rumah veteran ATM daif yang perlu kepada baikpulih. Selain itu, rumah bukan veteran ATM turut disenaraikan.
Antara Projek Jiwa Murni bakal dilaksanakan segera ialah di bawah Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Markas Dua Divisyen dan Markas Tiga Divisyen.
Menyedari tentang perit gentir kehidupan veteran ATM yang memerlukan pembelaan, Ismail Sabri merancang meningkatkan bilangan Projek Jiwa Murni pada tahun hadapan kepada 300 buah rumah seluruh negara.
Perancangan dan pelaksanaan projek dilakukan oleh Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan dibantu unit atau pasukan setempat mengikut keperluan.
No comments:
Post a Comment