KUALA
LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan keabsahan kerajaan
Perikatan Nasional (PN) susulan pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.
Dalam
sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, enam
Ordinan Darurat yang dibatalkan pada tarikh berkenaan termasuk Ordinan Induk
Darurat 2021 yang mana ia boleh menimbulkan persoalan dari segi kesahihan
menerusi undang-undang.
“Maknanya
keabsahan kerajaan bermula dari 21 Julai hingga 1 Ogos dipersoalkan. Pada
pendapat saya, kenyataan semalam mengelirukan rakyat dan Ahli Parlimen,”
katanya yang mendesak Perdana Menteri menjelaskan secara tepat dan terperinci
mengenai perkara berkenaan sebelum timbul lebih banyak persoalan.
Dalam
pada itu, beliau turut membangkitkan sama ada pembatalan Ordinan Darurat
mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dibuat menerusi proses
undang-undang.
“Dalam
proses undang-undang, Kabinet mesti menasihati Agong, Agong perkenan untuk
(Ordinan Darurat) dibatalkan dan ia digazetkan serta dibentangkan dalam
kedua-dua Dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara). Baharulah lengkap dari segi
undang-undang,” jelasnya.
Beliau
turut mempersoalkan tindakan kerajaan PN yang secara
senyap-senyap menamatkan Ordinan Darurat berkenaan lima hari sebelum sidang
Parlimen dibuat.
“Bolehkah
ia dibuat secara ‘backdated’ atau diterkebelakangkan tarikhnya? Apakah kesan
dan implikasi terhadap sebarang undang-undang yang diambil pihak berkuasa
selepas 21 Julai itu mungkin boleh dipersoal atau terbatal dari segi
undang-undang,” katanya.
Teks
FB Friends of BN
No comments:
Post a Comment