Cara
halau atau menghapuskan tikus secara tradisional dengan perangkap masih
berkesan sampai sekarang. Banyak jenis perangkap yang ada di pasaran.
Antara
yang paling popular ialah seperti di dalam gambar.
Dengan
menyangkut umpan seperti ikan kering, roti, kacang dan makanan digemari tikus,
penutup perangkap akan tertutup secara serta merta apabila umpan digerakkan
yang akan melucutkan sangkut penutup perangkap yang ditarik oleh spring.
Tikus
yang ditangkap perlu dimatikan dengan cara direndam di dalam air bersama-sama
perangkap.
Perangkap
itu boleh digunakan secara berulang kali selagi ia dapat berfungsi.
Namun,
dalam keadaan tertentu, khususnya apabila tikus tidak lagi memasuki perangkap
itu, maka penggunaan perangkap itu perlu dihentikan untuk beberapa tempoh masa.
Ini
kerana tikus dikatakan tidak akan masuk perangkap itu disebabkan sudah ada ‘bau’
yang terlekat pada perangkap itu.
Maka,
untuk menghilangkan bau tersebut, penggunaan perangkap tersebut perlu
dihentikan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.
Kalau
hendak cepat boleh digunakan kembali, perangkap itu perlu dilayurkan dengan api
atau dibersihkan dengan pencuci.
Kemudian,
perangkap itu boleh digunakan seperti sebelumnya.
No comments:
Post a Comment