Latihan
Kuasa Tembakan (LKT) mempamerkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dalam menggalas tugas utama iaitu memastikan keselamatan dan kedaulatan negara
sentiasa terpelihara.
LKT
adalah acara tahunan. Latihan ini kali terakhir diadakan pada tahun 2019, namun
dalam skala kecil disebabkan negara ketika itu dilanda keadaaan jerebu. Manakala
pada tahun 2020 latihan tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik COVID-19.
LKT
2021 diadakan bertempat di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada
14 Okt 2021.
LKT
2021 ini diadakan untuk mempamerkan keupayaan sesebuah kumpulan tempur dalam
ketumbukan gabungan kekuatan melalui keupayaan anggota dan kuasa
tembakan secara segmen dinamik yang merangkumi senjata Bantuan Infantri,
Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) serta Pesawat
Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) dalam memperagakan keberkesanan sistem persenjataan ATM.
Selain
itu, latihan ini turut menguji pengurusan pasukan serta keupayaan dan
kompetensi anggota yang terlibat dalam melaksanakan latihan tembakan peluru
hidup.
Latihan
juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada para penuntut Kursus Pemerintahan
dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di mana
ianya telah dipertontonkan kepada mereka pada 12 Okt 2021.
Seramai
969 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam LKT 2021 bersama
106 buah aset dan persenjataan melibatkan Kenderaan Perisai Pendekar, Gempita,
Lipan Bara, Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV).
Manakala
aset persenjataan pula merangkumi persenjataan kecil hingga ke senjata
berkaliber besar seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros II, Meriam 155 MM G5
MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGW) Ingwe,
Baktar Shikan, Mortar 81 MM dan Rocket-Propelled Grenade (RPG-7
40MM).
Selain
itu, latihan tembakan turut melibatkan persenjataan peringkat kompeni iaitu
Colt M4, Minimi, M203, GPMG, RPG-7 dan Mortar 60 MM, senjata batalion terdiri
daripada Heavy Machine Gun (HMG) dan Automatic Grenade Launcher (AGL).
Manakala
pesawat terlibat adalah Helicopter Super Lynx dari TLDM yang dipasang
dengan persenjataan HMG, dan Helicopter Agusta A109 LOH bersama Gatling
Gun dari PUTD.
No comments:
Post a Comment