Jangan
kecewa jika sesekali kita terlepas sesuatu yang kita tidak sangka akan terlepas
kerana ada banyak keadaan kita mendapat sesuatu yang kita sendiri tidak pernah
sangka akan mendapatnya.
Sekalipun
kita selalu terlepas pelbagai peluang, jangan sesekali anggap diri bernasib
malang kerana kelak Allah mungkin akan memberikan ganjaran atas kesabaran itu
dengan sesuatu yang lebih baik.
Jangan
sesekali berburuk sangka kepada Allah SWT andai melihat melihat mereka yang
engkar dan derhaka beroleh nikmat dunia kerana itu mungkin istidraj buat mereka
yang tidak mampu untuk kita fahami.
Sesungguhnya
itu urusan Allah, bukan urusan kita. Cukup untuk kita hadapi keadaan seperti
itu sebagai ujian untuk kita agar jangan berputus asa atau berasa kecewa
melainkan perbanyakkan sabar dan bersangka baik kepada Allah.
Sedarlah
diri bahawa dalam hidup ini, walaupun teramat sedikit kita mengingati Allah,
melaksanakan suruhanNya, Allah sentiasa memberi terlalu banyak nikmat untuk
kita.
Itu
juga adalah ujian yang nyata buat diri kita. Beristighfarlah untuk kesilapan
masa lalu. Bersyukurlah untuk nikmat hari ini. Dan katakanlah Insyaallah untuk
masa akan datang.
Gambar wakaf di Jeti Pulau Seratus sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment