Masyarakat
perlu digalakkan agar membudayakan aktiviti sukan dalam kehidupan seharian
kerana mempunyai banyak manfaat yang diperoleh melaluinya.
Budaya
bersukan perlu disemai dan disuburkan dalam masyarakat kita untuk melahirkan
masyarakat yang cergas, cerdas dan harmoni.
Bersukan
adalah satu cara untuk menyatukan masyarakat melalui aktiviti yang disertai,
selain melahirkan generasi yang cergas dan cerdas.
Rakyat
di negara maju menjadikan aktiviti bersukan sebagai satu cara hidup di mana
lebih 80 peratus rakyatnya bersukan atau beriadah secara berkala.
Di
negara maju setiap komuniti masyarakat di sesuatu kawasan mempunyai persatuan
sukan dan kompleks sukan sendiri yang melibatkan semua peringkat umur.
Komuniti
di negara maju mempunyai pasukan bagi acara sukan tertentu dari peringkat usia
kanak-kanak, remaja, belia dan veteren. Mereka secara berkala menanjurkan
pertandingan dan aktiviti yang disertai oleh majoriti masyarakat setempat.
Hal
ini jauh berbanding di negara kita yang mana sukan hanya melibatkan segelintir
ahli masyarakat sahaja, khususnya di kalangan remaja.
Bersukan
dapat melahirkan masyarakat yang cerdas dan cergas yang amat diperlukan untuk
menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang cerdas dan cergas mampu
mencapai kejayaan hidup lebih cemerlang berbanding orang lain.
No comments:
Post a Comment