Bilangan
penduduk Malaysia mengalami masalah kencing manis atau diabetes semakin
meningkat.
Penyakit
diabetes harus dikawal kerana ia menjurus kepada komplikasi penyakit yang lebih
berbahaya seperti penyakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, angin
ahmar, penyakit saraf dan hilang penglihatan.
Selain
ubatan-ubatan moden, terdapat juga ramuan tradisional berasaskan herba dan
tumbuhan ubatan yang digunakan untuk mengawal kenaikan paras gula serta glukosa
dalam darah bagi pesakit diabetik.
Antara
pokok yang telah lama digunakan di kalangan masyarakat tempatan untuk menjaga kesihatan ialah petai
belalag.
Pokok
petai belalang ini adalah pokok liar dan banyak tumbuh di belukar dan semak
samun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.
Buah
petai belalang berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan
buahnya juga nipis.
Buahnya
berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang.
Sangat mudah membiak dengan benih iaitu dari bijinya.
Petai
belalang atau nama saintifiknya Leucaena leucocephala daripada keluarga
kekacang yang berasal dari Amerika Tengah.
Biji
matang petai belalang dilaporkan digunakan secara tradisi untuk merawat dan
mengawal penyakit seperti bengkak buah pinggang, kecacingan serta diabetes. Bijinya
kaya dengan protein, polisakarida, tannin dan asid amino.
Secara
tradisinya biji petai belalang yang telah matang direbus dan kemudiannya
diminum air rebusan tersebut.
Namun,
terdapat juga kaedah makan terus biji petai belalang yang masih muda dan
lembut.
Buat
petai belalang yang masih muda pula dimakan bersama kulit dan bijinya sebagai
ulam.
Buahnya
yang masih muda sedap di buat ulam cicah sambal belacan atau sambal kelapa.
Kalau tak nak makan mentah, boleh di celur sekejap.
Pucuk
pokok petai belalang sedap di buat masak lemak cili api campur udang atau
seumpamanya.
Bijinya
sedap di buat sambal tumis sepertimana buah petai yang biasa. Cuma petai
belalang ni bijinya kecil dan sedikit liat dan keras. Baunya pun tak sekuat
seperti buah petai biasa.
Antara
khasiat petai belalang adalah merawat masalah buah pinggang. Caranya ialah
dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai
yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas.
Minumlah
ia setelah membiarkan seketika. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu,
bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk
diperiksa.
Pokok
petai belalang boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Daunnya
yang matang diambil segenggam dan direbus bersama 3 cawan air.
Biarkan
kering hingga tinggal 1 cawan. Minumlah secawan sehari sekali selama 1 minggu.
Untuk
masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu
digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.
Berkesan
juga untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda di tumbuk bersama
beras kemudian di tampal pada kerongkomg untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu
pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.
Daun
petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit
bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum
digosok ke kulit kepala.
Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan
selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih.
No comments:
Post a Comment