Pada
tahun 1945, George Orwell menulis sebuah novel alegori (menggunakan watak tertentu sebagi kiasan kepada kehidupan manusia) bertajuk Animal Farm
(Ladang Binatang). Novel ini adalah kritik ke atas pemerintahan diktator
komunis Stalin di Rusia yang menghancurkan kemanusiaan. Sehingga hari ini,
novel ini merupakan antara 20 novel terbaik dunia.
Ladang
Binatang menceritakan kisah dua ekor babi yang bernama Snowball dan Napoleon.
Pada awalnya, mereka bekerjasama erat untuk mensejahterakan warga ladang
binatang. Slogan mereka adalah kesetaraan berbunyi “All animals are equal.”
Untuk
membangunkan warga ladang binatang, mereka membangunkan kincir angin. Projek
ini berjaya memakmurkan warga lading binatang, tetapi sayang, kejayaan ini
menjadikan mereka ketua babi yang tamak dan sombong. Mereka melihat status
mereka tidak lagi sama dengan binatang-binatang lainnya.
Apabila
ditentang oleh masyarakat binatang, mereka mencipta pula slogan baharu, iaitu
“All animals are equal, but some animals are more equal than others.”
Setelah
berjaya membodohkan binatang lainnya, babi Snowball dan Napoleon mula berebut
kuasa. Mereka bercakaran apabila Snowball berjaya menewaskan Napoleon dalam
satu pemilihan.
Setelah
kekalahannya, Napoleon mula menakutkan Snowball dengan menggunakan beberapa
ekor anjing yang setia dengannya. Napoleon juga memberitahu warga binatang lain
bahawa rancangan membina kincir angin itu adalah ideanya.
Apabila
kincir angin musnah akibat ribut petir, Napoleon menyalahkan Snowball kerana
mensabotajnya. Salah menyalah berterusan di kalangan kelompok yang menyokong Napoleon
dan Snowball.
Watak-watak
binatang dalam novel itu digambarkan persis watak-watak manusia politik di
negara kita sekarang yang mabuk dengan kemasyhuran dan kekuasaan.
Justeru
kekuasaan, politik wang dan lompat parti berlaku. Justeru kekuasaan, Langkah
Sheraton berlaku. Justeru kekuasaan, parlimen digantung dan hak demokrasi
rakyat dimandulkan. Justeru kekuasaan, DUN Melaka, DUN Sarawak dan DUN Johor dibubarkan
di zaman kita menghadapi pandemik ini.
Tidak
mengapalah jika pemimpin mahukan kuasa. Berkuasa dan memerintahlah, tetapi
biarlah cekap dan cepat dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Kita
bersangka baik. Apa yang berlaku itu untuk kebaikan.
Sumber: Media sosial
No comments:
Post a Comment