Sunday, 27 February 2022

Op Murni: Tentera bantu mangsa banjir

 
Antara pihak yang dijadikan aset menyelamat setiap kali berlaku bencana alam. termasuk banjir ialah Tentera Darat Malaysia.

Pihak Tentera Darat Malaysi menetapkan penugasan formasi dan unit-unit dalam menghadapi apa-apa juga bencana alam. Segala aset dan anggota sentiasa diletakkan pada tahap siap siaga untuk digerakkan apabila diperlukan.

Banjir yang melanda Kelantan kali ini melibatkan Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan.

Tentera Darat Malaysia tetap komited melaksanakan tugas sekunder dalam OP MURNI bagi membantu agensi keselamatan yang lain melalui koordinasi Pusat Operasi Bencana (POB) negeri untuk membantu memindahkan rakyat yang terjejas banjir di beberapa jajahan di Kelantan.

 

Gambar: FB Tentera Darat Malaysia 

No comments:

Post a Comment