Dalam
kerja kebajikan, tiada siapa berlumba-lumba nak saingi sesiapa. Masing-masing yang
terlibat bersama-sama pakat bantu sesama. Berkongsi semua ilmu yang ada, saling
bantu satu sesama.
Untuk
melakukan kerja kebajikan tidak mampu dilakukan berseorangan, melain dalam
skala kecil. Misi menjayakan kerja kebajikan perlu menjalinkan hubungan rapat
dengan pelbagai NGO lain, serta orang persendirian. Bahkan, perlusentiasa
menadah tangan untuk membantu jika diperlukan.
Netizen
dan masyarakat pula, tak perlu sampai mengecam berlebihan. Jika tegur, tegur
dengan berhemah. Bukan tegur untuk menjatuhkan. Tegurlah agar mereka jadi lebih
baik, lebih terususun, lebih memberi impak dan jauh dari segala risiko. Bukan
tegur nak bagi orang jatuh, malu dan putus asa.
Kerja
kebajikan sekarang tidak lepas daripada menggunakan medan media sosial. Setiap
individu atau kumpulan melakukan kerja kebajikan ada pengikut tersendiri, ada
pengaruh tersendiri, ada peminat tersendiri, ada penyokong tersendiri.
Jadi,
kerja-kerja yang dilakukan lebih terarah dan tersusun. Ada sesaran dan kaedah
masing-masing untuk menjayakan kerja kebajikan.
Tujuan
dan niat melakukan kerja kebajikan semua adalah baik. Nak bantu orang susah.
Namun niat tidak menghalalkan cara. Tidak boleh tiru macam Robin Hood.
Hendak
melakukan kebaikan hendak dilakukan dengan cara baik dan betul. Dalam Islam
diajar begitu, dalam adab susila pun ditekan juga. Semua tujuan dan niat yang
baik, kita sempurnakan dengan cara yang betul. Insya-Allah lebih banyak
sokongan manusia, lebih besar reda Allah.
No comments:
Post a Comment