Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK). Sikap
rakyat Malaysia dipenuhi perasaan penyayang, hati yang tulus, bersedia membantu
dan berkongsi rasa. Sebab itu, jika ada bencana atau individu memerlukan
bantuan, maka berlumba-lumba pihak untuk menghulurkan bantuan.
Bantuan
disalurkan sama ada atas kapasiti individu atau melalui oraganisasi syarikat
atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bermula
dengan memberi bantuan secara individu, akhirnya mereka bergabung menubuhkan
NGO agar apa yang dilakukan lebih tersusun dan memberi kesan lebih besar kepada
sasarannya.
Itulah permulaan NGO PCAK yang mula ditubuhkan pada Mac
2021.
Menurut
Pengerusinya, Fazliaton Daud, beliau yang awalnya bergerak secara solo membantu
sekadar termampu individu yang memerlukan bantuan, kemudian bertemu dengan
beberapa rakan sealiran, mencetuskan cadangan untuk menubuhkan persatuan bagi
memudahkan aktiviti menyalurkan bantuan secara skala lebih besar dan
berorganisasi.
Menurutnya
lagi, pada peringkat awal, sumber untuk mengerakkan aktiviti lebih menggunakan
wang ahli jawatankuasa, sehinggalah ada individu dan organisasi lain turut
menyalurkan bantuan.
“Pada
peringkat awal, tidak banyak aktiviti bantuan dapat dilakukan kerana berdepan
kengkangan kewangan dan kekurangan pengalaman,” ujar Fazliaton.
Tambahnya
lagi, biarpun tidak banyak sumbangan yang diterima, tetapi keadaannya lebih baik
berbanding pada awal penubuhan. Semakin banyak individu yang sudi membantu.
Untuk
menjayakan aktiviti, PCAK turut melakukan kerjasama
atau mengajur bersama dengan NGO lain. Antara NGO yang sering berganding dengan
PCAK melakukan aktiviti ialah Pertubuhan Chempaka
Puteh, Rantaian Kasih Malaysia
Negeri Kelantan (IKasih Kelantan), Thirdforce Kota Bharu, Persatuan
Busana Kelantan dan lain-lain.
Antara aktiviti dilakukan PCAK menhulurkan bantuan makanan, wang, keperluan dapur, pakaian, peralatan
perubatan, keperluan pesakit kronik dan sebagainya.
Menurut
Fazliaton, PCAK akan terus menyantuni golongan yang
memerlukan bantuan, dan berharap lebih banyak lagi pihak yang sudi menyumbang.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
PCAK adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan
Fazliaton di talian 011-1941-3639
Gambar: Program sumbangan beg kepada kanak-kanak di Pulau Haji Nik Mat, delta Sungai Kelantan anjuran PCAK.
No comments:
Post a Comment