Sunday, 5 June 2022

CARA SEDIAKAN MENU SINGGANG

 
Menu singgang adalah antara menu yang sihat, sedap dan ringkas. Memang mudah disediakan. Memang tidak menggunakan minyak langsung. Sesuailah hendak buat menu berpantang atau menu diet.

Mengikut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka, singgang ialah sejenis masakan (ikan, daging dan lain-lain) yang direbus dan digarami.

Rempah ringkas hanyalah bawang merh, bawang putih, halia, lengkuas, serai cili api, ketumbar, asam keping, garam, lada hitam dan serbuk kunyit.

Kalau setakat terkurang dua tiga jenis rempah, kira boleh diteruskan untuk memasak. Memang mudah dan ringkas

No comments:

Post a Comment