Hadis
mengenai wanita mengeluarkan air mani ketika kemuncak syahwat seperti lelaki.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya air mani lelaki adalah putih lagi
pekat, manakala air mani wanita adalah kekuningan lagi cair” (Hadis riwayat
Muslim).
Para
ulama dalam membincangkan perkara ini lebih kepada soal berkaitan bersuci.
Ulama silam tidak mengkaji perkara ini kerana dalam dunia sains moden pun ia
hanya berjaya ditemui dalam tempoh beberapa dekad dulu.
Ia boleh dikatakan antara perkara misteri berkaitan manusia yang baharu
ditermui oleh pakar moden sedangkan ia telah perkatakan oleh Rasulullah SAW
kira-kira 1400 tahun lalu.
Pandangan
yang mengatakan wanita mengeluarkan cecarir seperti air mani lelaki adalah
suatu pandangan yang asing di dalam dunia perubatan moden suatu ketika dulu.
Sejak
tahun 1920an, tokoh-tokoh perubatan menolak fenomena yang dikenali pancutanair
mani wanita. Sekiranya ada pun pancutan cecair oleh wanita, ia dianggap
pancutan air kencing yang keluar secara tidak terkawal semasa syahwat.
Ada
beberapa orang tokoh dalam bidang ilmu seksologi moden, Alfred Kinsey,
Masters dan Johnson yang menolak pandangan wanita mengeluarkan cecair seperti
air mani lelaki.
Mereka
mengatakan, pandangan ini walaupun tersebar secara meluas adalah salah.
Justeru, pakar perubatan menganggap fenonema ini sebagai suatu penyakit.
Bagaimanapun,
ternyata hadis nabi lagi tepat apabila terdapat pakar lain yang membuktikan
bahawa wanita juga mengeluarkan air mani. Pada tahun 1950, pakar ibu mengandung
dan sakit puan dari Jerman, Ernst Grafenberg mendapati ada cecair yang memancut
keluar dari saluran kencing sesetengah wanita semasa syahwat memuncak. Cecair
itu jernih dan tidak sama dengan air mazi.
Ujian juga mendapati cecair itu juga tidak sama dengan air kencing manusia.
Pada awal tahun 80an beberapa kajian tambahan dilakukan dan kesemuanya
mengukuhkan lagi pendapat wanita mempunyai sejenis alat yang seumpama prostat
yang berfungsi mengeluarkan cecair seperti prostat lelaki.
Dalam
sebuah artikel tulisan Milan Zaviacic (PHD) dan rakan-rakannya dari Universiti
Comenius di Bratislava yang diterbitkan oleh majalah Journal of Sex Research,
dilaporkan satu kajian melibatkan 27 orang wanita yang sudah dilakukan dan
didapati sepuluh orang daripada mereka mengalami pancutan cecari sperti air
mani.
Artikel
bertajuk Female Ejaculation: Perceived Origins, the Grafenberg Spot/Area and
Sexual Responsiveneness pula menyebut berkenaan kajian yang dilakukan ke atas
2350 wanita, 40 operatus daripada mereka didapati mengalami pancutan cecair
seperti air mani lelaki.
Yang
terkini adalah kajian yang dilakukan oleh Dr Gary Schubach seorang pakar dalam
bidang ilmu seksologi manusia merangkap seorang profesor madya di Institute fo
Advance Study og Human Sexuality di San Franscisco, juga menjadi pensyarah
jemputan di Universiti California State.
Beliau
merumuskan wanita semasa memuncak nafsunya, memang boleh mengelurkan cecair
seperti air mani lelaki yang terbit dari bahagian pundi kencing dan seluran
luar kencing.
Prof
Ed Belzer dari Universiti Dalhaousie mengesahkan cecair wanita ini bukan air
kencing kerana ia mengandungi acid phosphatase seperti yang terdapat di dalam
air mani lelaki.
Alice
Khn Ladas di dalam bukunya The G Spot and Other Recent Discoveries About Human
Sexuality terbitan 1982 mengatakan air mani wanita berbeza dengan air mani
lelaki pada kerana ia tidak mengandungi sperma.
No comments:
Post a Comment