Thursday, 14 July 2022

HARGAI AHLI PERINGKT BAWAH

 
Dalam organisasi, semua bentuk sama ada kecil atau besar, peringkat negara mahupun kampung, syarikat kecil adapun besar, semua ada tahap atau peringkat kepimpinan. Ada perdana menteri, pengarah, pengerusi dan sebagainya.

Untuk memastikan organisasi berjalan baik dan mencapai matlamat organisasi, hubungan baik dan saling menghormati perlu ada melibatkan semua peringkat kepimpinan. Hubungan baik itu bukan sahaja dalam urusan berkaitan organisasi, bahkan di luar organisasi.

Hubungan peringkat tertinggi dengan peringkat bawah perlu dijaga. Biarpun yang di atas nampak hebat dan paling penting, hakikatnya yang menjayakan aktiviti organisasi banyak ditentukan oleh peringkat bawah.

Jadi, yang di atas perlu sentiasa melihat yang di bawah. Jalinan hubungan baik dan mesra. Ambil berat mengenai mereka. Layan mereka seperti tiada jurang perbezaan kedudukan. Dengan cara itu akan wujud semangat saling menghormati dan bersama-sama berusaha untuk menjayakan visi dan misi organisasi.

No comments:

Post a Comment