Thursday, 21 July 2022

SULTAN MANSUR RAJA KELANTAN 1891

 
Masjid Sultan Mansor yang terletak di Kampung Sireh, Kota Bharu adalah sempena nama Sultan Kelantan pada masa dahulu. 

Sultan Mansor menaiki takhta pada tahun 1891 dan memerintah sehingga tahun 1899. Nama asal baginda ialah Long Mansur bin Long Ahmad. Long Ahmad juga dikenali Sultan Ahmad. 

Baginda menaiki takhta Kelantan berikutan kemangkatan Sultan Muhammad III. Long Mansur menaiki takhta kerajaan dengan sokongan oleh pengikutnya terutama Datuk Laksamana (Che Ha) dan Sri Paduka (Nik Yusof) sehingga baginda memakai gelaran Sultan.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kerabat diraja yang tidak terpilih untuk menaiki takhta dan juga tidak mendapat sebarang jawatan di dalam kerajaan.

Berikutan itu, kumpulan yang tidak sehaluan dengan Sultan Mansur menghantar surat dan utusan ke Bangkok.

Pada 1891, kerajaan Siam menghantar Pesuruhjaya, Phra Ong Chau Sai untuk menyelesaikan kemelut tersebut dan dalam tahun yang sama, barulah kerajaan Siam mengesahkan Tuan Long Mansur sebagai Raja Kelantan dengan gelaran Phya Pipit Pakdi atau Sultan Mansur mengikut panggilan orang Kelantan.

Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh

No comments:

Post a Comment