Masjid al-Muhajirin, Kampung Beris
Lampu, terletak di Lot 3867, Jalan Lampu, Pengkalan Nangka, Besut merupakan
antara masjid ‘utama’ di kawasan berkenaan. Masjid yang tersegam indah itu
menjadi lokasi aktiviti keagamaan masyarakat setempat.
Masjid al-Muhajirin juga menjadi persinggahan
musafir yang melalui Jalan Lampu dari Semerak, Kelantan untuk menuju ke Kampung
Raja atau destinasi lain.
Kawasan tempat letak kenderaan yang luas
dan suasana sekitar yang nyaman dengan pepohon rimbun menjadikan ia sesuai
dijadikan tempat persinggahan musafir untuk menunaikan solat. Kemudahan tandas
dan tempat ambil air sembayang juga bersih dan selesa.
Anak mukim atau penduduk yang bermukim di
sekitar Masjid al-Muhajirin majoritinya penduduk yang berpindah atau berhijrah
tinggal di kawasan tersebut sejak puluhan tahun lalu melalui skim penempatan
yang dirancang oleh kerajaan negeri pada ketika itu.
No comments:
Post a Comment