Tuesday 14 March 2023

KAMPUNG PASIR PUTIH BAHARU TAWAU

 
Kampung Pasir Putih Baharu, Tawau adalah salah satu perkampungan baharu di pinggir bandar Tawau. Kampung Pasir Putih Baharu menjadi sebahagian Kampung Pasir Putih yang telah wujud lebih awal. 

Pelan asal Kampung Pasir Putih Baharu dikeluarkan pada 1997 dan bermula masa itu pembangunan kawasan kampung tersebut giat berlaku.
 
Kampung Pasir Putih Baharu kini didiami melebihi 5,500 penduduk dengan kemudahan asas yang baik. Susun letak rumah tersusun seperti taman perumahan. Jalan penghubung antara rumah dalam keadaan baik. Hanya satu masalah ialah jalan di tempat tertentu agak sempit yang sukar untuk berselisih.
 
Memandangkan kawasan ini terletak tidak jauh dari sungai dan laut, sesetengah kawasan akan mengalami kesan air pasang tinggi. Air akan melimpah masuk kawasan sekitar 30 cm hingga 50 cm.
 
Sebahagian kawasan asal tapak kampung ini adalah kawasan bakau yang ditambak untuk dijadikan kawasan perkampungan.
 
Sebelum tahun 2018, Kampung Pasir Putih Baharu berada dalam senarai Unit Setinggan, sedangkan mempunyai pelbagai infrastruktur kerajaan, termasuk jalan dan sistem perparitan dan kemudahan asas lain. Ia berkaitan pewartaan kawasan yang tertangguh.

No comments:

Post a Comment